Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 individu disokong program bina perniagaan

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 300 individu yang ingin menjadi usahawan telah disokong di bawah program Membina Perniagaan di bawah skim Pengasas Syarikat Pemula SG, sejak ia dimulakan enam bulan lalu.



Daripada jumlah itu, hampir 150 sudah lulus daripada program-program kendalian Enterprise Singapore (ESG) itu yang berjalan selama tiga bulan.



80 peratus daripada mereka merupakan golongan pertengahan kerjaya dari pelbagai latar belakang seperti pendidikan, pelayanan dan teknologi.



Bakinya adalah lulusan baru dalam bidang perniagaan, kejuruteraan dan analitik data, dengan majoriti berusia di antara 21 tahun dengan 30 tahun.



Ini adalah satu tanda positif bahawa Singapura sedang mencapai kemajuan baik dalam industri syarikat pemula, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri acara membentangkan idea niaga oleh 14 pasukan peniaga yang sudah lulus program Membina Perniagaan semalam.



Program-program itu yang diumumkan pada Ogos tahun lalu, adalah sebahagian daripada skim Pengasas Syarikat Pemula SG dipertingkatkan, bagi memupuk usahawan yang beraspirasi tanpa pengalaman perniagaan untuk membina dan mengembangkan syarikat pemula inovatif.



Encik Chan berkata walaupun dengan pandemik Covid-19, beliau gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam usaha meluaskan landskap syarikat pemula berdasarkan beberapa faktor yang menggalakkan.



"Kita dapat lihat pertama, jumlah mereka yang menyertai program ini dan meneroka bidang syarikat pemula. Apa yang kita lihat sebagai menggalakkan ialah bukan hanya orang muda sahaja, tetapi juga golongan pertengahan kerjaya yang bersedia mengambil langkah berani, memulakan perniagaan baru dan mengembangkan perniagaan.



"Petanda yang menggalakkan kedua, ialah kehadiran lebih ramai penyedia modal yang ditarik ke Singapura. Kerana lebih banyak idea baik yang kita ketengahkan, lebih banyak dana akan mengalir ke sini," ujar beliau.



Beberapa firma penyedia modal global telah menubuhkan operasi di negara ini sejak setahun lalu termasuk, firma berpangkalan di Amerika Syarikat, Lightspeed Venture Partners.



Satu lagi isyarat yang menunjukkan Singapura berada di hala tuju yang tepat, ialah sistem eko yang rancak, kata Encik Chan, dengan adanya mentor membimbing peniaga baru, seperti yang disaksikan dalam acara semalam.



Menurut ESG, majoriti sektor yang diterokai adalah bidang baru, seperti teknologi pendidikan, teknologi kesihatan, penjagaan warga emas dan sekitaran binaan.



Lebih 80 peratus daripada lulusan program itu telah meneruskan idea syarikat pemula mereka. Antara mereka yang lulus daripada program itu ialah Encik Hafiz Kasman, 29 tahun, yang meninggalkan pekerjaan sepenuh masa sebagai sekutu strategi di syarikat pemula, Hamlet untuk menceburi bidang keusahawanan.



Beliau bersama dua rakan pengasasnya - Encik Benjamin Wong dan Encik Joshua Phua, yang turut berhenti kerja sepenuh masa - telah mengasaskan syarikat pemula, Kinobi, pada Oktober lalu.



Kinobi merupakan wadah mempercepatkan kerjaya untuk karyawan muda dan lulusan baru.



"Program ini amat membantu bagi kami yang dalam peralihan ke bidang keusahawanan kerana ia memberi kami sokongan kewangan dengan elauns $1,500 sebulan bagi tiga bulan serta kelas-kelas yang dianjurkan menyegarkan pengetahuan kami tentang asas perniagaan.



"Sama penting ialah kami berpeluang bertemu dengan masyarakat yang berfikiran sama dengan kami dan dapat memberi satu sama lain sokongan, agar perjalanan keusahawanan ini tidak terlalu kesunyian untuk kami," ujarnya yang mendapat sokongan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >