Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

300 keluarga berpendapatan rendah terima pek habuan

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 300 keluarga berpendapatan rendah telah menerima pek habuan yang mengandungi keperluan dapur yang ditaja bersama 15 kumpulan 'bikers' Singapura.



Inisiatif Sinar Ramadan 2021 itu dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Woodlands berserta Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands untuk membawa keceriaan Ramadan kepada penduduk Woodlands yang kurang bernasib baik.



AP GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar hadir sebagai tamu terhormat acara tersebut.



Pek habuan yang diagihkan itu mengandungi keperluan asas untuk Hari Raya seperti ketupat segera, pes lauk, minyak, garam, susu pekat, sirap, dan kuih Hari Raya.



Menurut Cik Mariam, beliau berbesar hati melihat anggota kumpulan 'bikers' yang bertungkus lumus membeli, membungkus dan juga menghantarkan pek-pek habuan tersebut.



"Usaha ini juga mencerminkan masyarakat kita yang berbilang kaum, dan bersama-sama beramal tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama," katanya.



Pengerusi MAEC Woodlands Cik Deanna Manto berkata dengan usaha ini beliau berharap lebih ramai yang akan tampil untuk membantu mereka yang memerlukan.



"Saya pernah alami apa yang mereka alami semasa kecil, jadi saya berazam untuk terus membantu selagi saya mampu," katanya.



Salah seorang penerima pek habuan tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Jamilah, berkata barangan keperluan yang diterima dapat membantu beliau semasa tempoh Ramadan ini.



Cik Jamilah, 69 tahun yang tinggal sendirian berkata: "Saya terharu dan bersyukur, sekurang-kurangnya dapat membantu dengan keperluan harian."



Berbeza dengan tahun sebelumnya, pek habuan Ramadan tahun ini dihantar ke rumah setiap penerima bantuan oleh anggota kumpulan penunggang motosikal disebabkan situasi pandemik dan langkah keselamatan yang perlu dijaga.



Kumpulan penunggang motosikal yang terlibat termasuk Otai's Bikers Brotherhood, Truckerz Bikerz, Singapore Bikerz InClub, FJR Singapore, Young & Legend Riders dan Friends Bikers.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >