Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

300 penerima bantuan dapat baju Raya baru

Dua syarikat derma 800 pakaian berharga $40,000 dalam acara anjuran WGS
Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SETELAH beberapa tahun tidak beli baju Raya, Encik Mohamed Johari Suraji akan dapat bergaya dengan sepasang baju Melayu baru tahun ini.



Baju itu dipilihnya semalam di acara Baju Kurung Amal di Wisma Geylang Serai (WGS), yang memberi pakaian Hari Raya baru kepada golongan kurang bernasib baik.



"Saya bersyukur dapat baju Raya baru tahun ini. Sebelum ini saya pakai saja baju Raya yang ada," kata Encik Johari, 75 tahun, yang sudah lama tidak bekerja dek angin ahmar.



Encik Johari, yang berkerusi roda, tinggal sebatang kara di sebuah flat sewa di Buangkok selepas isterinya meninggal dunia empat tahun lalu dan anak tungalnya enam tahun lalu.



Beliau antara 50 penerima bantuan Muhammadiyah yang dijemput ke ke sesi pertama acara itu pagi semalam bagi memilih baju Raya mereka. Seramai 300 penerima kesemuanya akan diberi pakaian Raya.



ST Collection menaja 500 baju Raya lelaki dewasa dan kanak-kanak sementara Peniwern, menderma 300 baju Raya perempuan dewasa dan kanak-kanak. Pakaian itu bernilai sekitar $40,000. Setiap keluarga mendapat dua pasang baju dan diberi sekotak kurma tajaan Fotohi Carpet Gallery.



Pengurus besar WGS, Encik Nur Effendi Esa, berkata pihaknya menjalankan projek amal sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun, terutama semasa Ramadan.



"Dua tahun lalu kami adakan Ketupat-thon, tetapi disebabkan Covid-19 kami tidak dapat mengadakan acara besar seperti itu. Jadi kami adakan acara lebih kecil dan lebih selamat," katanya.



Penasihat WGS, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang hadir di sesi pertama semalam, berkata:



"Inisiatif ini sangat bermakna kerana ia bukan memberi baju kurung kepada mereka yang memerlukan sahaja, bahkan pengalaman bermakna dan penuh hormat dalam memilih dan mengambil baju kurung yang telah dipilih.



Program itu menerima sokongan tenaga manusia daripada rakan kongsi daripada Kurnia@WGS, yang antara lain menyusun dan mengagih baju kepada penerima.



Kurnia@WGS ialah hab pertubuhan Melayu/Islam di WGS, merangkumi sembilan badan Melayu/Islam, termasuk Muhammadiyah, Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan Angkatan Karyawan Islam (AMP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >