Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,000 pekerja hotel di S'pura terima suntikan vaksin Covid-19

Jan 28, 2021 | 05:09 PM







PROGRAM vaksinasi Covid-19 bagi industri hotel kini sedang dijalankan, dengan sekitar 3,000 kakitangan barisan depan telah menerima suntikan pertama mereka sehingga 25 Januari lalu, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Sekitar 2,000 daripadanya merupakan kakitangan yang bekerja di kemudahan khusus bagi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Encik Tan berkata usaha memvaksin pekerja barisan depan dalam industri hotel itu adalah penting kerana mereka merupakan “nod penting” dalam industri pelancongan secara keseluruhan.



Industri itu dipilih sebagai penerima awal vaksin Covid-19 kerana pekerjanya bertugas di barisan depan sejak Mac tahun lalu, dengan 70 hotel berkhidmat sebagai kemudahan khusus bagi SHN.



Beliau turut menekankan bahawa vaksinasi merupakan salah satu tunggak dalam strategi keseluruhan negara ini untuk menentang Covid-19 di samping usaha penjejakan kontak, menjalankan ujian dan melaksanakan langkah pengurusan selamat.



“(Vaksinasi) memberikan keyakinan kepada kakitangan barisan depan dan juga mereka yang bekerja di kemudahan khusus bagi SHN, (ia juga memberi keyakinan kepada) mereka yang kembali dari luar negara, dan juga mereka yang bercuti di hotel.



“Saya rasa di sinilah terdapat pendedahan (kepada jangkitan), dan anda mahu memastikan pekerja barisan depan anda dilindungi dan vaksinasi melakukan perkara itu,” kata beliau.



Pada Khamis (28 Januari), Encik Tan telah ke pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles City untuk menyaksikan kakitangan hotel menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >