Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FESTIVAL DIGITAL SEPANJANG HAYAT

30,000 benefisiari terima pelan data percuma

Josephine: Untuk pastikan semua orang punya akses digital, galak sifat inklusif digital
May 22, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM ini, Cik Barima Ja'afar, 68 tahun, membayar sekitar $29 bagi pelan data telefon bijaknya.



Namun, kini beliau mendapat 3 gigabit (GB) data sebulan tanpa perlu membayar apa-apa.



Pekerja kilang itu merupakan antara 30,000 benefisiari yang akan diberikan pelan data bagi alat bijak mereka di bawah inisiatif Data Bagi Semua yang dilancarkan semalam.



Dengan data sebanyak 3GB yang dapat beliau nikmati dalam bentuk Kad SIM hi! prabayar Singtel, beliau juga berharap dapat belajar bagaimana untuk menggunakan telefon bijaknya untuk menggunakan khidmat di dalam talian dengan lebih baik.



"Selalunya, saya tak guna sangat data yang saya ada... kebanyakannya untuk gunakan WhatsApp dan Facebook saja.



"Tapi dengan adanya data percuma ini, saya nak belajar jugalah macam mana nak guna khidmat lain yang berguna supaya dapat manfaatkan sepenuhnya apa yang diberikan," ujar beliau.



Semasa melancarkan inisiatif Data Bagi Semua di Festival Digital Sepanjang Hayat (DfL) di Pusat Konvensyen Suntec semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata benefisiari yang akan meraih manfaat daripada inisiatif ini akan dikenal pasti dengan bantuan agensi khidmat sosial.



Usaha bersama ini melibatkan kerjasama antara pelanggan M1, GOMO oleh Singtel dan giga! oleh StarHub serta tujuh pertubuhan awam, agensi khidmat sosial dan rakan kerja masyarakat seperti Khidmat Masyarakat AMKFSC, Care Corner, Lions Befrienders, ComLink Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), NTUC Health, SG Enable dan Thye Hua Kwan Moral Charities.



Dengan rangkaian Wireless@SG, yang menyediakan WiFi awam percuma di serata Singapura, serta inisiatif Data Bagi Semua, Cik Teo berkata tujuannya adalah untuk memastikan semua orang mempunyai akses digital dan menggalak sifat inklusif digital.



"Warga emas boleh berhubung dengan teman dan keluarga mereka, manakala kanak-kanak dan belia boleh mendapatkan bahan yang mereka perlukan bagi pembelajaran di rumah dengan lebih mudah.



"Bagi golongan kurang upaya, mereka boleh menggunakan lebih banyak khidmat dengan mudah serta memanfaatkan peluang pembelajaran dan berhubung dengan penjaga mereka.



"Ini contoh baik pendekatan yang kita ambil dengan gerakan DfL, iaitu untuk menarik rakan kerja berbeza untuk meninjau isu yang menjadi keprihatinan dan mendapatkan lebih banyak sumber... untuk menggalak sifat inklusif digital," ujar cik Teo.



Cik Teo menghadiri Festival DfL semalam bersama Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, Cik Tin Pei Ling; serta anggota GPC itu, Encik Sharael Taha.



Selain memberi akses data kepada benefisiari di bawah inisiatif Data Bagi Semua, Cik Rahayu turut menarik perhatian pentingnya memperkasa benefisiari dan melengkapi mereka dengan kemahiran supaya mereka dapat mengenali apa yang selamat dan apa yang tidak.



"Ini adalah antara perkara yang kita terus lakukan dengan pelbagai rakan kerja untuk berusaha sama.



"Misalnya, kami padankan syarikat telko dengan badan tertentu... supaya mereka dapat betul-betul faham tentang keperluan masyarakat itu dan bagaimana kita boleh memperkasa mereka supaya mereka dapa gunakan data itu dengan lebih berkesan dan baik," ujarnya.



Festival DfL, yang dianjurkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) itu, diadakan buat kali pertama dan merupakan acara teknologi oleh masyarakat bagi masyarakat.



Festival sembilan hari itu berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec semalam dan hari ini dan di Heartbeat@Bedok pada 28 dan 29 Mei.



Orang ramai juga boleh berkunjung ke Enabling Village pada 29 Mei serta menyertai pelbagai kegiatan percuma di dalam talian dari semalam hingga 29 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >