$30,000 dari Sikh S'pura untuk Nepal
Kutipan dibuat selama sebulan bagi bantu mangsa gempa yang hilang tempat tinggal
Jun 13, 2015 | 05:30 AM
DALAM tempoh hanya sebulan, masyarakat Sikh di Singapura berjaya mengumpul derma sebanyak $30,000 bagi mangsa gempa bumi Nepal.
Jumlah itu tambahan kepada $20,000 yang dikumpul bulan lalu, kurang seminggu selepas gempa sekuat 7.8 pada skala Richter menggegarkan negara itu pada 25 April.