Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

30,000 pokok akan ditanam di Pulau Jurong untuk turunkan suhu

Nov 02, 2019 | 01:52 PM



SEKITAR 30,000 pokok akan ditanam di Pulau Jurong dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam inisiatif hijau yang diumumkan JTC dan Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini. 



Untuk membiayai inisiatif tersebut, perniagaan di estet industri tersebut telah mengumpul lebih $500,000 sejauh ini, dengan sumbangan terbesar sebanyak $120,000 dari syarikat minyak dan gas ExxonMobil dan $90,000 dari Persatuan Industri Proses (Aspri) yang telah mengumpul lebih $90,000 dari anggotanya. 



Menurut NParks pokok-pokok yang akan ditambahan tersebut akan membantu mengurangkan kepanasan suhu di pulau buatan manusia tersebut yang buat masa kini menempatkan sebanyak 100 syarikat petroleum, petrokimia dan kimia khusus. 



Tanam-tanaman itu juga boleh memberi manfaat kepada ekosistem dan meningkatkan tarikan bekerja di Pulau Jurong, kata NParks. 



Menurut agensi itu lagi, ia akan memantau kesan tanam-tanaman tambahan itu dalam tempoh 15 hingga 20 tahun. 



Pelbagai spesis pokok akan ditanam, termasuk pokok cassia Neolitsea (Shore Laurel) dan Planchonella obovata (Yellow Teak) yang terpilih atas ciri-ciri pokok tersebut yang berdaya tahan dan boleh memberikan teduh.



Pokok-pokok tersebut akan ditanam di tepi jalan dan ruang terbuka dengan cara berlapis, dengan meniru struktur hutan,” menurut jurucakap NParks. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >