Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300,000 baucar pengangkutan awam diagih

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 300,000 Baucar Pengangkutan Awam (PTV) bernilai lebih $15 juta telah diagihkan di bawah inisiatif PTV 2019 yang dilanjutkan sejak skim itu dimulakan pada 11 November 2019.



Ini termasuk baucar yang diagihkan secara langsung kepada isi rumah berpendapatan rendah di bawah Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana ComCare (SMTA) serta Skim Bantuan Jangka Panjang (LTA) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Menurut kenyataan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) semalam, isi rumah yang layak masih boleh memohon untuk baucar pengangkutan itu sehingga 31 Januari 2021.



Antara kriteria bagi skim itu ialah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi $1,200.



Sementara itu, keluarga yang memerlukan lebih banyak bantuan boleh memohon baucar tambahan di kelab masyarakat.



Jawatankuasa Perundingan Penduduk (CCC) akan menilai setiap permohonan dan membantu keluarga yang benar-benar layak dan hampir memenuhi kriteria, atau memberikan baucar tambahan kepada keluarga yang perlu bantuan lebih.



Setiap baucar pengangkutan itu bernilai $50 dan mesti ditebus sebelum 30 Jun 2021.



Baucar tersebut kemudian boleh digunakan untuk menokok nilai kad tambang atau membeli pas konsesi bulanan.



Menurut MOT dan PA, seramai 30,000 isi rumah di bawah SMTA dan skim LTA akan layak secara automatik untuk PTV dan akan menerima surat mengenai baucar melalui surat pos.



"Usaha ini akan terus menawarkan bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang lebih terjejas akibat kemelesetan ekonomi sekarang," menurut kenyataan itu.



Isi rumah layak yang masih belum membuat permohonan digalakkan untuk melakukannya di kelab atau pusat masyarakat sebelum tarikh akhir 31 Januari 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >