Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300,000 baucar pengangkutan awam masih belum dituntut

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 300,000 baucar pengangkutan awam yang bernilai $30 dan boleh digunakan untuk menambah nilai kad tambang atau membeli pas bulanan, masih belum dituntut.



Ini adalah sebahagian daripada baucar pengangkutan awam oleh pemerintah yang disediakan Disember lalu untuk membantu isi rumah yang menghadapi isu peningkatan tambang pengangkutan awam.



Isi rumah dengan pendapatan bulanan tidak lebih $1,600 setiap orang, layak memohon baucar tersebut.



Dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata:



"Sehingga 31 Mac, sekitar 300,000 baucar masih tersedia untuk permohonan.



"Kami akan mengagihkan PTV (baucar pengangkutan awam)secara progresif dan terus kepada lebih 30,000 penerima jangka pendek hingga sederhana bantuan ComCare dan bantuan benefisiari secara jangka panjang, bermula April 2022, supaya dapat membantu isi rumah berpendapatan rendah.



"Ini adalah tambahan kepada baucar yang mereka terima sebelum ini," tambah beliau.



Januari lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) menyifatkan bahawa ini adalah jumlah pengangkutan baucar terbesar yang diketepikan sejauh ini isi rumah.



Kriteria kelayakan pendapatan juga dinaikkan bagi pendapatan bulanan setiap ahli ke $1,600 daripada $1,200.



Pelancaran bantuan ini menyusuli pengumuman Majlis Pengangkutan Awam (PTC) mengenai kenaikan 2.2 peratus setelah latihan semakan tambang tahunan pada tahun lalu.



Peningkatan harga ini adalah berikutan tekanan kos ke atas pengendali pengangkutan awam dan penurunan mendadak bilangan penumpang akibat Covid-19.



Bagi dewasa, peningkatan tambang adalah tiga hingga empat sen jika dibayar menggunakan kad, berdasarkan jarak jauh perjalanan.



Tambang konsensi bagi warga emas, pelajar, golongan kurang upaya dan pekerja berpendapatan rendah naik satu sen manakala harga tambang tunai, tiket sehala, konsesi bulanan dan pas perjalanan tidak berubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >