Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300,000 pekerja dagangan borong bakal raih manfaat pelan perubahan kerja

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 300,000 pekerja dalam sektor perdagangan borong bakal meraih manfaat daripada Perancangan Perubahan Pekerjaan baru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pada masa depan.



Perancangan perubahan tersebut dilancarkan bersama Enterprise Singapore (ESG), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillsFuture Singapura (SSG) dalam laporan keadaan pekerjaan edisi ke-27 semalam.



ESG bekerjasama dengan syarikat penasihat risiko, Willis Towers Watson, untuk menjalankan semakan menggunakan kecerdasan buatan (AI), temu ramah serta tinjauan untuk mengenal pasti trend terbaru yang akan menjejas sektor itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.



Menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, salah satu cabaran yang mungkin timbul dalam proses membantu syarikat mempersiap diri untuk masa depan adalah ketidaktentuan yang menjejas keyakinan mereka.



"Pada pendapat saya, mereka prihatin akan tempoh masa yang diperlukan untuk bangkit semula daripada pandemik ini, bagaimana industri ini akan berubah dan sama ada tenaga kerja bersedia untuk menghadapi perubahan ini.



"Ini merupakan antara cabaran yang kami dapati melalui maklum balas dari syarikat," katanya.



Usaha transformasi yang dilakukan terlalu awal boleh menyebabkan syarikat tidak dapat maju mengikut rentak, manakala transformasi yang terlalu perlahan pula akan menjejas peluang perniagaan, kata Encik Tan.



"Untuk itu, kita perlu mencari keseimbangan dan pertimbangkan dengan baik sambil memastikan sebahagian besar perniagaan dapat diteruskan, ini merupakan antara tugas berat yang perlu dilakukan," tambahnya.



Beliau berkata demikian kepada media semalam secara dalam talian selepas kunjungannya ke syarikat pengeluaran produk teknologi maklumat setempat, Ban Leong Technologies, di Ubi Avenue.



Tahun lalu, sektor perdagangan borong menyumbang 16.8 peratus kepada pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bernilai sekitar $75.3 bilion.



Sektor tersebut merangkumi 50,000 syarikat dengan sekitar 300,000 pekerja, iaitu hampir 10 peratus tenaga kerja Singapura.



Dalam kenyataan bersama semalam, ESG, MOM, WSG dan SSG berkata biasanya kegunaan analitik data dan teknologi baru akan mewujudkan pekerjaan baru.



Contohnya, syarikat akan bergantung kepada pengurus prestasi rangkaian bekalan untuk menggunakan pengetahuan mengenai bidang berbeza berserta pemahaman analitik data untuk membuat keputusan yang tepat pada masanya.



Permintaan bagi peranan yang berkait dengan ekonomi hijau, termasuk pengurus kemampanan dan pengurus sumber kemampanan, dijangka terus meningkat.



Rangka transformasi bagi sektor perdagangan borong ini merupakan Peta Perancangan Perubahan Pekerjaan keempat yang dilancarkan sejauh ini.



Tiga perubahan lain meliputi sektor kewangan, logistik dan sumber manusia.



Sebanyak 11 perubahan lain kini diusahakan untuk meliputi sektor seperti runcit dan pengeluaran makanan.




Laporan lanjut: Pekerja, majikan perlu kerjasama hadapi perubahan kerja sektor borong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >