Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

303 ditahan, disyaki terlibat kes tipu berjumlah $8.4j

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah menahan seramai 303 orang yang disyaki terlibat dalam lebih 1,020 kes penipuan, termasuk menjadi keldai wang, hingga mengakibatkan mangsa kehilangan sekurang-kurangnya $8.4 juta.



Jurucakap polis dalam kenyataannya semalam menyatakan, mereka yang dicekup terdiri daripada 211 lelaki dan 92 wanita berusia antara 15 hingga 71 tahun.



Kesemua mereka telah dijejaki hasil satu operasi dua minggu yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis darat yang bermula pada 3 Disember lalu dan berakhir kelmarin.



"Mereka yang disyaki ini dipercayai terlibat dalam lebih 1,020 kes penipuan, kebanyakannya merangkumi kes tipu bercinta di Internet, penipuan e-dagang, penyamaran sebagai pegawai pemerintah/China, penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan dan penipuan pinjaman wang, di mana mangsa kerugian lebih $8.4 juta," menurut jurucakap polis dalam kenyataannya.



Kesemua suspek sedang disiasat atas pelbagai kesalahan menipu, termasuk pemindahan wang secara haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.



Kesalahan menipu termaktub di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Kesalahan pemindahan wang secara haram pula termaktub di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (Rampasan Hasil) yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda tidak melebihi $500,000 atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan menjalankan perniagaan yang menawarkan sebarang khidmat atau jenis pembayaran di Singapura tanpa lesen adalah termaktub di bawah Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Pembayaran 2019, yang membawa kepada denda tidak melebihi $125,000, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.



"Polis mengambil pendirian tegas ke atas sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan dan pelaku akan dikenakan hukuman sejajar dengan undang-undang yang ada.



"Bagi mengelak bersubahat dalam kegiatan jenayah, orang ramai harus menolak permintaan mereka yang ingin menggunakan bank akaun anda atau talian telefon kerana akan dipertanggungjawabkan jika ia terkait dengan jenayah," tegas polis.



Mereka yang ada maklumat tentang kes penipuan boleh hubungi polis di talian 1800-255-0000 atau memberi maklumat secara dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >