Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

$315j untuk luaskan, pertingkat penghubung taman

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR $315 juta akan diperuntukkan bagi meluaskan dan mempertingkatkan Rangkaian Penghubung Taman (PCN) menjelang 2026.



Jumlah tersebut juga akan digunakan untuk membina taman baru, selain membangunkan semula taman sedia ada.



Antaranya termasuk laluan sepanjang 62 kilometer dari Changi ke Tuas, yang akan siap menjelang 2025.



Laluan Selatan Pantai-ke-Pantai (C2C) adalah salah satu dari empat laluan rekreasi baru yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee sewaktu perbahasan Belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam.



Selain dari Laluan Selatan ini, pihak berkuasa juga akan membina Laluan Utara sepanjang 25km dari Sungei Buloh ke Khatib Bongsu; laluan Koridor Central sepanjang 34km yang menghubungkan Woodlands ke pusat bandar dan laluan Koridor Timur dengan laluan sepanjang 8km dari East Coast ke Pasir Ris.



Laluan rekreasi ini juga akan menempatkan beberapa penyambung taman di beberapa kawasan, dan akan melengkapkan rancangan untuk mewujudkan laluan penghubung taman sepanjang 500km, juga dijangka siap pada 2030.



Dari lapan laluan tersebut, hanya satu yang telah siap dibina, iaitu Laluan Central dari Jurong Lake Gardens ke Taman Pulau Coney.



Fasa pertama laluan ini akan siap dibina pada 2026, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.



Laluan rekreasi baru ini - yang akan dibuka kepada umum dalam beberapa tahun yang mendatang - adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mencapai visi Singapura menjadi "Kota di alam semula jadi".



"Menghijaukan bandar kita menjadi sebahagian dari rancangan DNA Singapura, di mana kita perlu terus menjaganya untuk generasi yang akan datang.



"Ini juga akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dan pembandaran, serta memperbaiki persekitaran tempat tinggal bagi semua warga Singapura," kata Encik Lee.



Dalam ucapannya, Encik Lee turut mengumumkan pembangunan lebih dari 130 hektar taman baru selain pembangunan semula sekitar 170 hektar taman sedia ada menjelang 2026.



Antara dua taman baru itu termasuk taman seluas 7.6 hektar di Teachers' Estate berhampiran Upper Thomson, yang bakal siap menjelang 2024.



Kawasan hutan yang sedia ada di lokasi ini akan dilestarikan dan diterapkan sekali ke dalam taman, yang turut menyediakan taman permainan alam dan taman terapi.



Taman ini juga akan menghubungkan Hutan Simpanan Catchment dengan Kolam Air Lower Seletar.



Sementara itu, sebuah taman seluas 0.5 hektar juga dibina di Cambridge Road di kawasan Farrer Park menjelang 2024.



Bagi rancangan pembangunan semula, Taman Mount Faber seluas 58.8 hektar akan menjalani pembaharuan menjelang 2026.



Lebih banyak tumbuh-tumbuhan yang subur dan pemandangan semula jadi akan diterapkan dalam taman-taman ini.



Menjelang akhir 2026, lebih dari 300 hektar taman akan dibina atau dibangunkan semula - hampir empat kali ganda keluasan Taman Bunga Singapura.



Dengan adanya rangkaian penghubung taman dan laluan rekreasi baru ini, Encik Lee berkata pengunjung boleh mendapatkan pengalaman yang lebih mendalam.



"Pada masa yang sama, ia juga akan menambahkan lagi hubungan dan ketahanan ekologi pulau kita," tambahnya.




“Menghijaukan bandar kita menjadi sebahagian dari rancangan DNA Singapura, di mana kita perlu terus menjaganya untuk generasi yang akan datang. Ini juga akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dan pembandaran, serta memperbaiki persekitaran tempat tinggal bagi semua warga Singapura.”
– Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >