Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

316 relawan, pendamping dan agensi khidmat sosial diiktiraf Perkhidmatan Penjara

Dec 18, 2021 | 05:37 PM



SOKONGAN daripada sukarelawan dan rakan kongsi masyarakat adalah penting dalam membantu banduan dan bekas pesalah membina masa depan yang lebih cerah.



Oleh itu, kenaikan bilangan sukarelawan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) meningkat lebih 10 kali dalam lebih dua dekad ini amat menggembirakan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan.



SPS kini memiliki lebih 2,400 sukarelawan berdaftar dalam rangkaiannya, berbanding sekitar 200 sukarelawan pada 2000.



Dalam ucapannya di Majlis Anugerah Sukarelawan SPS 2021 pada Sabtu (18 Disember), Encik Tan berkata kadar residivisme dua tahun dalam kalangan bekas pesalah kekal rendah dan stabil – secara purata kira-kira 23 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu.



Ini bermakna empat dalam lima orang yang dibebaskan dari penjara tidak memasuki penjara semula dalam dua tahun mereka dibebaskan.



“Hasil ini membuktikan sokongan padu daripada rakan kongsi masyarakat kita, termasuk semua sukarelawan kita,” kata Encik Tan.



Di majlis anugerah tahun ini, yang diadakan secara maya, seramai 316 sukarelawan individu, pendamping dan agensi khidmat sosial diiktiraf SPS atas dedikasi dan sokongan padu mereka bagi pemulihan dan integrasi semula banduan dan bekas pesalah.



Seramai 266 sukarelawan SPS diberikan Anugerah Perkhidmatan Lama bagi komitmen dan sumbangan mereka. Daripada jumlah itu, empat menerima Anugerah Perkhidmatan Lama 30 Tahun.



Selain itu, 23 agensi khidmat sosial menerima plak Perkhidmatan 10 Tahun – yang pertama kali disampaikan untuk menghargai organisasi yang telah bekerjasama dengan SPS selama 10 tahun atau lebih.



Sementara itu, 27 agensi khidmat sosial dan organisasi lain diberikan tanda penghargaan atas sokongan mereka kepada pemulihan dan integrasi semula banduan dan bekas pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >