Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

32 pelajar Melayu/Islam antara penerima dermasiswa persatuan Buddha

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 55 pelajar telah menerima dermasiswa yang diberikan oleh Persekutuan Buddha Singapura (SBF).



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata dermasiswa itu diharap dapat menjadi dorongan bagi pelajar meningkatkan kecemerlangan.



"Semoga ini memberi inspirasi untuk kita memberi kembali kepada masyarakat dan membantu satu sama lain supaya setiap orang dapat merealisasikan potensi penuh mereka," kata beliau dalam majlis penyampaian kelmarin.



Daripada sekitar 55 pelajar sekolah rendah, menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menerima dermasiswa itu, hingga 32 merupakan pelajar Melayu.



Ketua Eksekutif SBF, Encik Soon Khe, berkata:



"Setiap Mac, kami akan menerima permohonan untuk dana membantu menampung kos perbelanjaan persekolahan, dan matlamat kami kami ialah meningkatkan tahap pendidikan di setiap masyarakat."



Sejak 2009, SBF telah mengagihkan sekitar $223,200.00 untuk 938 pelajar, termasuk 469 pelajar bukan Cina.



Presiden SBF, Venerable Seck Kwang Phing, pula berkata:



"Mengekalkan keharmonian kaum, agama dan perpaduan negara adalah asas masyarakat stabil."



Antara penerima dermasiswa ialah tiga beradik - Muhammad Syazani Muhammad Zamri, 18 tahun; Muhammad Syafiq, 17 tahun yang menuntut di ITE Ang Mo Kio; dan adik bongsu Nur Syahirah, 16 tahun, di Sekolah Menengah Manjusri.



Mereka ditemani ibu mereka, Cik Alijah Atan, 51 tahun seorang suri rumah tangga sepenuh masa.



"Bantuan ini akan membantu kami kerana saya tidak bekerja... ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami membeli buku dan alat sekolah," kata Cik Alijah.



Seorang lagi penerima, Muhammad Adha Putera Abdullah, 12 tahun, yang memendam impian menjadi seorang mekanik dan pelumba kereta bila besar nanti.



Muhammad Adha, yang akan menduduki peperiksaan PSLE di Sekolah Rendah Cedar dan gemar mata pelajaran sains manakala perlukan bantuan dalam matematik dan Bahasa Inggeris.



"Wang bantuan ini akan digunakan untuk saya hantar dia ke pusat tuisyen bagi mendapatkan pertolongan untuk mata pelajaran yang lemah," ujar ibunya, Cik Aida Ayob, 51 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >