Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3.2kg kanabis bernilai $32,000 dirampas di pusat pemeriksaan Woodlands

Jul 13, 2018 | 01:12 PM



TIGA lelaki ditangkap kerana disyaki mengedar dadah manakala 3.2 kilogram kanabis bernilai sekitar $32,000 dirampas kelmarin (11 Julai) dan awal pagi semalam di pusat pemeriksaan Woodlands.



Semasa menjalankan pemeriksaan, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui empat bungkusan yang disyaki adalah dadah terkawal yang disembunyikan dalam sebuah beg dalam sebuah kereta Malaysia sekitar 11.15 malam kelmarin.



Bungkusan itu mengandungi 204 gram kanabis bernilai sekitar $2,000.



Seorang penduduk tetap (PR) Singapura berusia 71 tahun ditangkap dan diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).



Sekitar sejam kemudian, pada 12.25 pagi semalam, pegawai ICA menemui kira-kira tiga kilogram kanabis yang bernilai sekitar $30,000 yang dibungkus dengan kertas aluminium dalam but sebuah kereta.



Pemandu kereta itu yang berusia 67 tahun serta penumpangnya yang berusia 38 tahun ditangkap dan diserahkan kepada CNB. Kedua-dua lelaki itu merupakan warga Singapura.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, mereka yang didapati bersalah mengedar lebih 500 gram kanabis boleh dikenakan hukuman gantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >