Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,300 daftar kongsi kereta elektrik BlueSG

Jan 03, 2018 | 05:45 PM



LEBIH 3,300 orang telah mendaftar untuk khidmat berkongsi kereta elektrik, BlueSG, dengan 5,000 disewa selama tiga minggu ia beroperasi di sini.



BlueSG, yang dilancarkan di Singapura pada 12 Disember dengan 80 kenderaan dan 32 stesen mengecas, mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media hari ini, menurut laporan The Straits Times.



Encik Franck Vitte, pengarah urusan BlueSG, menjelaskan beliau amat terdorong dan berbesar hati dengan sambutan yang sangat menggalakkan di sini.



"Kami sedang meneliti untuk menubuhkan lebih banyak stesen di serata negara sebagaimana yang diminta oleh penduduk Singapura," tambah Encik Vitte.



Awal dari ini, syarikat itu memberitahu The Straits Times, yang ia telah menerima lebih 100 sewaan dalam masa tiga jam khidmat itu dilancarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >