Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,330 pemohon bujang dapat flat BTO sejak 2013

Mar 03, 2018 | 04:01 PM



KADAR permohonan bagi flat dua bilik baru di kalangan pemohon bujang berusia 35 tahun ke atas telah berkurangan daripada 57.5 pemohon bagi setiap flat pada 2013 kepada sekitar 5.9 pemohon bagi setiap flat tahun lalu, secara purata.



Ini disebabkan oleh bekalan flat yang stabil antara 2014 hingga tahun lalu.



Sepanjang tempoh empat tahun lalu, bekalan bagi flat dua bilik dalam estet bukan matang kekal stabil pada purata sekitar 4,000 unit setahun.



Demikian dinyatakan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan hari ini (3 Mac).



Warga Singapura yang belum berumah tangga dan berusia 35 tahun ke atas dibenarkan memohon bagi flat dua bilik baru di estet bukan matang sejak Julai 2013.



Ini sebagian dariapda usaha pemerintah untuk menyediakan pilihan perumahan tambahan buat golongan bujang.



Sebelum 2013, mereka yang belum berumah tangga hanya boleh membeli flat daripada pasaran jualan semula.



Kini sekitar 12,200 orang bujang telah memohon bagi flat dua bilik baru.



Sehingga Januari lalu, seramai 3,330 pemohon telah menerima kunci ke flat baru mereka, kata HDB.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >