Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

336 individu yang disyaki menipu, kendali wang haram ditangkap dalam operasi 14 hari

Dec 19, 2020 | 01:34 PM



LEBIH 330 individu sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan membabitkan kehilangan lebih $4 juta buat mangsa, jelas polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (19 Disember).



Siasatan itu dibuat menyusuli operasi penguatkuasaan serata pulau yang dikendalikan selama dua minggu, antara 5 Disember dengan 19 Disember oleh pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis darat.



Seramai 221 lelaki dan 115 wanita yang disiasat itu berusia antara 15 dengan 76 tahun. Mereka didakwa terlibat dalam 641 kes penipuan yang khususnya meliputi kes cinta Internet, e-dagang, pelaburan, pinjaman wang serta pelantar perjudian yang bertujuan menipu.



Polis kini menyiasat individu berkenaan bagi kesalahan menipu atau mengendalikan wang haram.



Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Individu yang didapati bersalah mengendalikan wang haram di bawah Akta Rasuah, Edaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Perampasan Faedah) boleh dipenjara tidak lebih daripada 10 tahun dan denda sehingga $500,000.



Polis menegaskan ia memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam penipuan.



"Bagi mengelakkan daripada bersubahat dengan jenayah, orang awam harus menolak permintaan orang lain yang ingin menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan diminta bertanggungjawab seandainya akaun atau nombor telefon ini dikaitkan dengan pemindahan wang haram.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >