Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

33,793 bayi SG50 dilahirkan - tertinggi dalam 13 tahun

Feb 03, 2016 | 10:37 AM



TAHUN Jubli Singapura menyambut 33,793 bayi baru - tertinggi dalam 13 tahun dan 600 lebih banyak daripada 2014.


Malah, jumlah bayi yang dilahirkan tahun lalu lebih tinggi daripada semasa Tahun Naga pada 2012, yang dianggap bertuah oleh kaum Cina.


Ia satu tanda bahawa lebih ramai warga muda Singapura menerima perkahwinan dan keibubapaan, kata Dr Kang Soon Hock, ketua teras sains sosial di Universiti SIM, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (3 Feb).


Pakej keibubapaan lalu dan campur tangan dasar sebelum itu telah "meletak asas" bagi perubahan minda secara beransur-ansur, katanya.


Singapura mula berusaha mengatasi kemerosotan kelahiran pada 1987 dan sejak beberapa tahun telah menawarkan, antara lain, rebat cukai, bonus bayi dan keutamaan dalam mendapat flat lebih besar dan subsidi di tajaka yang ditetapkan.


Tahun lalu, insentif baru termasuk cuti bagi bapa digandakan kepada dua minggu dan bonus bayi ditambah $2,000.


Menteri Negara Kanan Josephine Teo, yang menyelia isu penduduk, mengalu-alukan kenaikan kelahiran sebanyak 1.8 peratus daripada 2014 itu.


"Saya gembira," kata beliau di laman Facebooknya, sambil menambah bahawa bagi mengekalkan momentum itu, beliau akan memberi tumpuan pada tiga perkara.


Perkara tersebut ialah: membantu bapa memainkan peranan lebih aktif dalam membesarkan anak mereka, menyediakan rangkaian tajaka bermutu yang dimampui yang lebih besar, dan meningkatkan kerja dan sokongan masyarakat bagi ibu bapa muda.


Angka kelahiran itu merujuk pada bayi yang sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapanya warga Singapura.


Jumlah tahun lalu itu, yang dikumpul daripada buletin demografi suku tahunan dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), bukan angka muktamad kerana ia tidak termasuk bayi warga Singapura yang masih belum didaftarkan pada akhir tahun lepas.


Ahli sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Paulin Straughan, berkata trend semakin meningkat itu mungkin berterusan kerana kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas boleh meningkatkan keyakinan rakyat Singapura mengenai masa depan negara ini.


Bagaimanapun, mendapat lebih ramai anak terus menjadi satu tugas sukar, kata pengarah Pusat Penyelidikan Keluarga dan Penduduk, Profesor Jean Yeung.


Dua sebab utama ialah kadar perkahwinan rendah dan orang berkahwin lebih lewat. Tidak kurang penting "ialah kos sebenar dan kos melepas hasil mempunyai anak," katanya.


Antara ibu baru tahun lalu ialah Cik Tin Pei Ling, Anggota Parlimen MacPherson, yang berkata perkhidmatan tajaka terus menjadi keperluan dalam kalangan pengundi beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >