Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

339 insiden kebakaran di tempat kediaman di sini antara Jan-Jun

May 23, 2022 | 05:30 AM



PARAMEDIK telah memberi respons kepada 339 insiden kebakaran di tempat kediaman antara Januari dengan April tahun ini, penurunan 6.9 peratus daripada 364 dalam tempoh sama tahun lalu.



Mendedahkan angka itu semalam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia akan terus mendidik orang ramai tentang langkah pencegahan kebakaran.



Walaupun pengurangan kebakaran dilaporkan tahun ini, beberapa insiden baru-baru ini telah menyebabkan kematian, seperti kebakaran flat Bedok North yang meragut tiga nyawa pada bulan ini dan satu lagi pada Mac di New Upper Changi Road, dengan seorang meninggal dunia.



SCDF menyatakan sejak Oktober lalu, ia telah memulakan program melengkapkan orang ramai dengan kemahiran bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selain menggunakan alat pemadam api.



Setakat ini, kira-kira 1,200 orang telah menyertai program itu, kata SCDF.



Selepas satu kebakaran berlaku, SCDF menjalankan kempen pendidikan awam pasca kebakaran, dengan pergi rumah ke rumah untuk berkongsi bahan pendidikan keselamatan bersama penduduk.



Jumaat lalu, kakitangan SCDF mengunjungi Blok 409 Bedok North Avenue 2 untuk mengedarkan bahan ini. Pada 13 Mei, satu kebakaran maut berlaku di blok tersebut.



Apabila anggota bomba SCDF tiba di flat pada pagi itu, mereka mendapati terkumpul banyak barang mudah terbakar.



Seorang wanita berusia 56 tahun yang ditemui di ruang tamu disahkan meninggal dunia, dan tiga lagi dibawa ke hospital.



Dua daripada tiga mangsa itu - seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan seorang lelaki berusia 35 tahun - kemudian meninggal dunia akibat kecederaan mereka. Ibu kanak-kanak itu, 34 tahun, masih di hospital.



Punca kebakaran masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >