Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

34 disiasat bagi pelbagai kesalahan susuli serbuan

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 34 orang disiasat atas pelbagai kesalahan selepas operasi penguatkuasaan selama seminggu melibatkan beberapa agensi pemerintah, kata polis dalam satu kenyataan kelmarin.



Operasi yang dijalankan antara 17 dan 21 Januari itu, diketuai oleh Bahagian Polis Bedok, dan disokong oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Biro Narkotik Pusat, Penguasa Sains Kesihatan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Penguasa Pengangkutan Darat dan Agensi Makanan Singapura.



Dalam serbuan di Geylang, tiga lelaki, berumur antara 27 dengan 34 tahun, telah ditangkap kerana disyaki anggota kumpulan haram.



Dua lagi lelaki berusia 29 dan 43 tahun didapati memiliki bahan yang dipercayai sebagai produk kesihatan tidak berdaftar, termasuk pelbagai jenis ubat batuk dan produk perangsang seks.



Rokok elektronik atau 'e-vaporiser' serta aksesorinya juga dirampas daripada lelaki terbabit. Bahan yang menilai hampir $9,000 turut dirampas.



Mereka yang didapati bersalah mengimport, mengilang dan/atau membekalkan produk kesihatan yang tidak berdaftar boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $50,000, atau kedua-duanya sekali.



Kesalahan pertama menjual, mengimport atau mengedar 'e-vaporiser' serta aksesorinya membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.



Dalam operasi berasingan, lima lelaki dan seorang wanita, berusia antara 42 dengan 62 tahun, ditahan kerana disyaki berjudi selepas polis menyerbu sebuah unit komersial di Ubi Avenue 3.



Mereka dikatakan terlibat dalam kegiatan berkaitan perjudian. Terminal komputer, pelbagai peralatan berkaitan perjudian dan wang tunai $950 telah dirampas.



Mereka yang didapati bersalah berjudi menggunakan komunikasi jarak jauh dan perkhidmatan perjudian maya, boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Sementara mereka yang didapati bersalah membantu menyediakan perkhidmatan perjudian maya tanpa izin boleh didenda antara $20,000 dan $200,000 dan dipenjara sehingga lima tahun.



Polis turut menyerbu sebuah hotel di Lorong 22 Geylang dan sebuah tempat urut di Geylang Road dalam operasi yang menyasarkan aktiviti berkaitan maksiat. Seramai 10 wanita, berumur antara 32 dengan 48 tahun, telah ditangkap atas kesalahan di bawah Piagam Wanita.



Semasa operasi itu, polis turut mengesan kedai berkonsep KTV tidak berlesen dalam unit komersial di Geylang Road.



Lima lelaki dan empat wanita berusia antara 25 dengan 47 tahun, didakwa ditemui menyanyi karaoke dan meminum arak di dalam unit berkenaan.



Kumpulan itu termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun yang dipercayai pengendali kedai itu. Dia akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Arak.



Pengendali itu dan lima pelanggan tersebut turut disiasat atas kesalahan di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.



Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $10,000, atau kedua-duanya.



Dalam operasi berasingan, pegawai Kastam Singapura merampas 30 paket dan 15 batang rokok yang tidak dibayar cukai.



Seorang lelaki berusia 78 tahun sedang disiasat kerana dikatakan terlibat dalam urusan rokok tanpa bayar cukai.



Dua lelaki lain, berumur 33 dan 54 tahun, telah dikenakan kompaun sehingga $2,500 kerana memiliki rokok tanpa bayar cukai.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielak, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.



Timbalan Superintenden Polis Lee Ting Wei dari Pusat Polis Kejiranan Geylang, berkata:



"Penguatkuasaan tegas dan berterusan adalah kunci bagi memastikan lorong-lorong Geylang selamat dan terjamin, dan ia memerlukan usaha berterusan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang.



"Polis akan terus bekerjasama rapat dengan rakan masyarakat kami untuk mencegah, menghalang dan mengesan kegiatan haram di lorong-lorong di Geylang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >