Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

34,000 temu bual dengan pembantu rumah dilaksana demi fahami situasi mereka di S’pura: MOM

May 23, 2023 | 06:07 PM



SEBANYAK 34,000 temu bual bersama pembantu rumah migran (MDW) kali pertama telah dilaksanakan pada 2022 oleh Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) – satu inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebagai usaha untuk memahami dan mengetahui bagaimana pekerja tersebut menyesuaikan kehidupan di Singapura.

Demikian dinyatakan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media sempena pelancaran pusat CDEConnect ketiga di Pusat Sivik Woodlands pada Selasa.

Pusat terbaru itu dijangka meningkatkan aksesibiliti dan sokongan MDW dan majikan yang menetap di kawasan utara Singapura.

Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, yang merasmikan pusat terbaru itu, berkata beliau teruja pusat CDEConnect telah “membantu ramai MDW dan majikan mereka dengan mempertingkatkan komunikasi mereka dan menyelesaikan isu-isu secara baik.”

“Kami akan terus menyemak dan memperkukuh sokongan ini,” tambah beliau.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa sejak Januari 2023, MOM dan CDE telah mula menemu bual MDW kali pertama secara progresif , ketika mereka mula bekerja antara enam bulan hingga bulan ke-12 mereka di sini.

Kenyataan itu menambah bahawa majikan MDW kini boleh mengakses sistem janji temu dalam talian 24 jam yang baru untuk memilih pusat CDEConnect pilihan serta tarikh dan waktu bagi temu bual MDW kali pertama.

Majikan akan dapat melihat slot tarikh dan waktu janji temu yang ada, pilih atau ubah suai slot dan lengkapkan tempahan dengan mudah.

Notis pengesahan tempahan dan peringatan janji temu akan juga dihantar melalui emel dan mesej teks kepada majikan MDW.

Pemangku Pengarah Segmen Pekerja Migran NTUC, Encik Michael Lim, berkata: “Di CDE kami sasarkan untuk memupuk hubungan majikan-pekerja yang harmoni dan menjadikan komunikasi antara mereka lebih baik dan berkesan.

“Oleh itu, pusat CDEConnect berfungsi sebagai pusat temu bual dan tempat di mana majikan boleh mendapatkan nasihat perihal pekerjaan MDW”.

Pusat CDEConnect yang pertama dilancarkan pada pertengahan 2019 dan terletak di kawasan barat Singapura di 75 Pasir Panjang Road.

Pusat kedua dirasmikan pada Julai 2022 di kompleks pejabat Income di Tampines Junction bagi menjangkau MDW dan majikan yang menetap di bahagian timur Singapura.

Lantaran itu, ketiga-tiga pusat CDEConnect sedemikian akan dapat memudahkan sehingga 9,000 temu bual setiap bulan dengan MDW, tambah kenyataan media itu.

Temu bual dijalankan secara bersemuka dan dalam bahasa ibunda pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >