Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

344 individu disiasat dalam 607 kes penipuan melibatkan $9.84 juta

Jan 31, 2021 | 07:46 PM



SERAMAI 229 lelaki dan 115 wanita berusia antara 16 dengan 77 tahun kini membantu polis dalam siasatan kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes penipuan sebagai keldai wang atau penyeleweng.



Dalam kenyataan pada Ahad (31 Januari), pihak polis menjelaskan satu operasi penguatkuasaan selama dua minggu telah dijalankan antara 16 dengan 29 Januari 2021 oleh pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis darat.



Individu yang disyaki ini dipercayai terlibat dalam 607 kes penipuan terdiri daripada penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penyamaran sebagai pegawai berkuasa China, penipuan platform perjudian palsu dan penipuan pinjaman, di mana mangsa dikatakan kehilangan lebih $9.84 juta.



Menurut polis lagi, mereka yang disyaki itu kini disiasat bagi kesalahan menipu, pelaburan wang haram atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.



Kesalahan menipu di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan ini membawa pada hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda. Kesalahan melabur wang secara haram di bawah Akta Rasuah, Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Manfaat) membawa pada penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000.



Kesalahan meneruskan perniagaan menyediakan apa jua khidmat bayaran di Singapura tanpa lesen di bawah Seksyen 5, Akta Khidmat Bayaran 2019, juga membawa pada denda tidak melebihi $125,000, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Pihak polis mengambil serius perihal sesiapa yang terlibat dalam kes penipuan dengan si pelaku akan ditangani sejajar dengan undang-undang.



Bagi mengelakkan diri anda menjadi rakan sejenayah, orang awam harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan diminta bertanggungjawab jika semua tindakan ini berkait dengan jenayah.



Bagi keterangan lanjut tentang penipuan, orang awam boleh lungsuri laman www.scamalert.sg atau hubungi talian Hotline Anti-Penipuan di talian 1800-722-6688. Sesiapa yang mempunyai keterangan mengenai penipuan sebegini boleh hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau kirim maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness. Kesemua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >