Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

347 kes baru Covid-19 termasuk tujuh kes masyarakat

Jul 14, 2020 | 05:33 PM



SEBANYAK 347 kes jangkitan Covid-19 termasuk tujuh kes dalam masyarakat dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 12 tengah hari tadi (Selasa, 14 Julai).



Menjelaskan dalam kenyataan awalnya, MOH berkata kebanyakan kes ini melibatkan pemegang pas kerja yang menetap di dormitori pekerja asing. Dalam pada itu, kes dalam masyarakat yang dikesan pula melibatkan seorang warga Singapura dan enam pemegang pas kerja.



Turut dikenal pasti adalah dua kes import yang telah pun diletakkan di bawah Notis Jangan keluar Rumah (SHN) sejurus sampai ke Singapura.



Sejauh ini, MOH telah menguji lebih 215,000 pekerja (dua pertiga daripada mereka yang menetap di dormitori) dan mendapati mereka bebas daripada Covid-19. Proses mengesahkan dormitori ini bebas daripada cengkaman Covid-19 juga sedang dijalankan dengan matlamat agar pekerja ini dapat kembali bertugas.



Dalam masa beberapa hari lagi, sebilangan besar pekerja asing di dormitori yang dibina bagi berbilang kegunaan akan menamatkan tempoh pemencilan dan akan diuji bagi jangkitan Covid-19. Memandangkan sesetengah daripada pekerja ini datang dari dormitori yang lebih ketara jangkitan Covid-19, MOH menjangkakan bilangan kes yang dikenal pasti dalam masa beberapa hari kelak akan melonjak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >