Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

35% jawatan kosong 2020 libatkan pekerjaan dilakukan dari jauh: MOM

Apr 09, 2021 | 09:11 PM



SEKITAR 35 peratus pekerjaan yang ditawarkan tahun lalu melibatkan kerja yang boleh dilakukan dari jauh, rata-rata bagi peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) .



Demikian menurut laporan kerja kosong tahunan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (9 April).


"Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelaksanaan aturan kerja fleksibel yang meluas, dengan sekitar separuh majikan menyediakan aturan telekerja yang formal," kata laporan itu.


Sekitar 45 peratus daripada tawaran kerja tahun lalu adalah jawatan baru, satu peningkatan berbanding dua tahun lalu.



Ini disebabkan oleh peluang pengembangan perniagaan, usaha rekaan semula pekerjaan dan inisiatif pemerintah yang bertujuan menggalak firma melakukan transformasi.



Tinjauan ke atas 14,480 pertubuhan sektor awam dan swasta itu mendapati  sekitar 27.5 peratus kerja kosong tahun lalu tidak diisi selama enam bulan atau lebih, turun sedikit daripada 28 peratus yang dicatat pada tahun sebelumnya.



Kementerian itu juga berkata, sedang pandemik Covid-19 telah menjejas ekonomi, ia juga telah mempercepatkan transformasi digital, menyebabkan permintaan kukuh bagi karyawan teknologi infokom (ICT).



Terdapat permintaan bagi karyawan analitik, seperti saintis data dan penganalisis kajian operasi, untuk membantu memahami data yang ada untuk perniagaan.



Firma juga sedang mencari karyawan keselamatan siber untuk melindungi daripada ancaman siber.



Laporan itu berkata sektor penjagaan kesihatan dijangka berkembang dengan keperluan penduduk menua yang semakin meningkat



Permintaan kekal tinggi bagi jururawat berdaftar dan bertauliah serta pembantu penjagaan kesihatan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >