Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

35 kes baru Covid-19 di Singapura, angka harian tertinggi sejak 14 September

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

35 kes baru Covid-19 di Singapura, angka harian tertinggi sejak 14 September

Jan 04, 2021 | 07:35 AM

SEBANYAK 35 kes baru Covid-19, semuanya diimport, disahkan di sini pada Ahad (3 Jan). Angka itu adalah angka harian tertinggi sejak 14 September, dengan 48 kes. Yang tertinggi bagi kes import sebelum ini adalah pada 28 Mac apabila terdapat 42 kes. Jumlah jangkitan di Singapura kini mencapai 58,697. 

Mengumumkan jumlah itu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan semua individu dalam jangkitan baru kes import itu telah diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan apabila mereka diuji.

Sementara itu, MOH mengatakan ia telah menemui kaitan antara kes yang diumumkan sebelumnya, yang kini membentuk dua kelompok, masing-masing dengan empat individu yang ada kaitan.

Salah satu kes baru pada Ahad adalah juruterbang kargo yang tiba dari Amerika Syarikat melalui Australia. Beliau terus dihantar  ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di mana beliau  diuji dan disahkan menghidap Covid-19. Hasil ujian serologinya juga  positif.

Kes lain adalah kru sebuah kapal yang menaiki sebuah kapal di Indonesia pada Mac tahun lalu. Beliau mengalami demam pada 23 Disember tetapi cuba mengubati diri sendiri, dan kemudian dikenakan kuarantin di atas kapal pada 31 Disember kerana  telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif yang dilaporkan sebelumnya, seorang kru lain daripada kapal  sama.

Pelaut yang diumumkan dalam kes Ahad tidak mengisytiharkan gejalanya sehingga telekonsultasi dengan doktor pada 2 Januari, dan dibawa ke NCID, di mana beliau diuji positif Covid-19. MOH menyatakan  lelaki itu tidak pernah turun daripada kapal, dan  semua baki kru kapal telah dikenakan kuarantin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3