Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,500 keluarga susah berbilang kaum terima habuan sempena Deepavali

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 3,500 keluarga berpendapatan rendah berbilang kaum di serata negara akan menerima habuan perayaan sempena Deepavali.



Habuan itu, yang antara lain merangkumi beg kitar semula berisi biskut, pelitup dan sanitiser tangan telah mula diberikan kepada keluarga sejak 19 Oktober.



Menurut Persatuan Rakyat (PA) dalam kenyataaannya, keluarga-keluarga yang lain akan menerima habuan mereka dalam tempoh sehingga 7 November ini.



Deepavali disambut pada 4 November di Singapura.



Projek itu diusahakan bersama oleh 1,000 relawan daripada Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan Majlis Jawantankuasa Eksekutif Kegiatan India Persatuan Rakyat (Narpani Pearavai).



Kelmarin, sekitar 250 keluarga sedemikian yang tinggal di rumah sewa di Blok 188 Boon Lay Drive antara yang pertama menerima habuan masing-masing.



Dalam kenyataannya, Persatuan Rakyat (PA) berkata seramai 45 relawan telah tampil untuk membantu dalam acara pengagihan itu.



Turut menghadiri acara pengagihan itu adalah Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang berkata ia memaparkan semangat relawan berbilang bangsa yang berkumpul untuk membantu usaha ini walaupun di tengah-tengah krisis.



"Pengagihan ini juga memberi peluang untuk kami mengunjungi penduduk, termasuk yang lebih tua, untuk bertanya khabar dan, pada masa yang sama, kami ingin melibatkan mereka dalam acara masyarakat supaya mereka merasa lebih inklusif," kata beliau, yang merupakan penasihat badan akar umbi di GRC West Coast.



Pengerusi Mesra, Cik Amatul Jameel Suhani Sujari berkata: "Projek ini mencerminkan semangat Singapura sebenar, di mana kita meraikan masyarakat berbilang budaya dengan nilai yang harmoni dan mengasihi dikongsi.



Bersependapat, pengerusi Narpani Pearavai, Encik K. Ramamoorthy berkata: "Kami sangat gembira kerana dapat membawa keceriaan kepada keluarga kurang berkemampuan di seluruh Singapura sempena semangat Deepavali. Kami mampu meningkatkan jangkauan kepada lebih banyak keluarga atas sokongan dan dorongan masyarakat."



Antara penduduk Boon Lay yang menerima habuan itu ialah Cik Noorsia Suyut, seorang pesara berumur 71 tahun.



"Barangan yang terdapat dalam habuan ini bermanfaat dan kuih-muih yang diberikan dapat saya nikmati bersama cucu dan cicit saya," kata beliau.



Seorang relawan Mesra yang turut membantu ialah Encik Muhammad Afandi Shahrin, 31 tahun.



Beliau berkta: "Saya rasa gembira dapat memberikan habuan-habuan ini kepada para penghuni yang memerlukan terutama apabila melihat wajah mereka yang ceria ketika menerimanya," ujar jurutera komputer itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >