36 orang ditangkap dalam operasi tiga hari oleh Divisyen Polis Pusat bagi pelbagai jenayah termasuk berjudi dan menawarkan khidmat seksual.
Operasi dari Rabu (7 Mac) hingga Jumaat itu berlangsung di Little India, Jalan Besar, Chinatown dan Tiong Bahru, menurut kenyataan polis hari ini.
18 wanita diberkas kerana menawarkan khidmat seksual di hotel dan apartmen yang disewa.
Mereka dipercayai tinggal di Singapura dengan pas pekerja atau pas kunjungan jangka pendek.
Sembilan wanita dan sembilan lelaki lain ditangkap kerana berjudi dan berkaitan kesalahan dadah.
Wang bernilai $1,438 dirampas.
Siasatan masih diteruskan.