Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

360 perhentian bas akan dipertingkat agar mesra warga tua

Bas
Feb 10, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 360 perhentian bas merata negara telah dikenal pasti untuk kerja-kerja pembaikan semula bagi menjadikannya lebih selamat dan mesra warga tua.



Ini termasuk meniadakan tangga, menyesuaikan ketinggian bendul jalan bagi memudahkan akses bebas adangan dan memperbaiki lampu, kata Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat semalam.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga, seberapa boleh, akan menambah lebih banyak tempat duduk dan ruang di perhentian bas bagi warga tua dan pengguna yang berkerusi roda, tulis Encik Chee di Facebooknya.



Usaha naik taraf itu dibuat di bawah Program Peningkatan Prasarana Perhentian Bas, yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2019, juga merangkumi langkah melindungi daripada cuaca seperti skrin untuk mengurangkan pendedahan seseorang kepada hujan.



Antara perhentian bas yang telah dikenal pasti, 117 diberi keutamaan bagi kerja naik taraf kerana ia mempunyai tangga.



Kerja di tapak berkenaan telah pun bermula tahun lalu dan peningkatan kepada 117 tempat perhentian bas ini akan tamat menjelang akhir tahun depan.



Sedang kerja-kerja ini diteruskan, perhentian bas sementara yang bebas adangan akan disiapkan bagi memastikan ketersambungan.



Sejauh ini, 88 perhentian bas sementara bebas adangan telah disediakan, dengan lagi 29 dijangka dibina menjelang akhir bulan April.



Matlamatnya ialah bagi kesemua 360 perhentian bas untuk dipertingkat menjelang 2025, kata Encik Chee.



LTA dalam kenyataan medianya menggariskan beberapa contoh kerja naik taraf yang telah pun siap dilakukan seperti perhentian bas bertentangan Blok 28 Jalan Bukit Merah di mana tangga ditiadakan, tempat jalan diratakan serta prasarana baru dipasang.



Kerja yang sama juga dilakukan bagi perhentian bas di luar Blok 46, di sepanjang Holland Drive.



Perhentian bas sementara disediakan pada 30 Januari dengan kerja-kerja peningkatan dijangka siap menjelang Mei nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >