Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

3,664 flat BTO ditawar di Choa Chu Kang, Woodlands, Geylang dan Tampines

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

3,664 flat BTO ditawar di Choa Chu Kang, Woodlands, Geylang dan Tampines

Feb 06, 2018 | 05:23 PM

LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini melancarkan sebanyak 3,664 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di empat estet.

Ini pelancaran BTO pertama oleh HDB tahun ini.

Flat tersebut juga kumpulan pertama daripada sekitar 17,000 flat BTO yang dijangka lancar tahun ini.

Kumpulan itu juga yang pertama dibina dengan konsep dapur terbuka jika boleh dilaksanakan.

Terdapat lima projek dalam pelancaran kali ini dan menawarkan flat dua bilik Fleksi hingga lima bilik, kata HDB dalam kenyataannya.

Daripada lima projek itu, dua projek terletak di estet bukan matang iaitu Choa Chu Kang dan Woodlands, manakala tiga lagi terletak di estet matang Geylang dan Tampines.

Harga bermula daripada $71,000 bagi flat dua bilik Fleksi di Woodlands hingga $429,000 bagi flat empat bilik di Geylang.

Bermula dengan pelancaran kali ini, HDB akan berhenti menawarkan dinding pemisah dapur di bawah Skim Komponen Pilihan kerana kadar pengambilannya rendah.

Namun, pembeli masih mempunyai pilihan memasang dinding sendiri semasa menjalankan kerja ubah elok, kata HDB.

HDB turut menawarkan sebanyak 717 flat menerusi Penjualan Baki Flat (SBF) pada Mei 2017 dan Tawaran Semula Baki Flat (ROF) pada Ogos 2017.

Unit tersebut terdiri daripada 50 flat dua bilik Fleksi; 217 flat tiga bilik; 109 flat empat bilik; 331 flat lima bilik; tiga unit flat Tiga Generasi (3Gen) dan tujuh unit flat eksekutif di serata Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3