Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Setempat0

37 disiasat ISD, termasuk 14 warga S'pura susuli serangan pengganas di Perancis: MHA

Nov 24, 2020 | 04:33 PM

SERAMAI 37 individu termasuk 14 warga Singapura dan 23 warga asing telah disiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) sejauh ini  antara lain kerana disyaki mempunyai kecenderungan radikal selepas pihak berkuasa mengambil langkah dipertingkat sejak awal September lalu.

Ini menyusuli beberapa serangan pengganas termasuk di Perancis, Arab Saudi dan Austria selepas penerbitan semula kartun yang mempersenda Nabi Muhammad oleh majalah Charlie Hebdo di Perancis pada 1 September lalu.
 

Menerusi satu kenyataan hari ini (24 November), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata antara mereka yang disiasat itu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun, Ahmed Faysal.

Dia ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2 November lalu.

Meskipun dia tidak mempunyai kaitan dengan kejadian di Perancis itu, siasatan awal ISD menunjukkan bahawa dia menjadi radikal selepas membaca propaganda mengenai kumpulan militan ISIS di dalam talian dua tahun lalu.

Faysal yang bekerja sebagai pekerja binaan di sini sejak awal 2017 turut membeli beberapa pisau lipat yang dia dakwa ingin digunakan bagi serangan terhadap masyarakat Hindu di Bangladesh.

Seramai 16 daripada 23 warga asing yang disiasat pihak berkuasa telah dihantar pulang ke negara masing-masing.
 

Mereka termasuk 15 warga Bangladesh yang membuat kenyataan yang menggalak keganasan atau kekacauan antara kaum di media sosial sebagai respons kepada serangan pengganas di Perancis serta seorang warga Malaysia yang radikal dan ingin ke Syria atau Palestin untuk menyertai keganasan bersenjata.

Sementara itu, siasatan masih dijalankan terhadap 14 warga Singapura – 10 lelaki dan empat wanita berusia antara 19 dengan 62 tahun – yang kebanyakannya membuat kenyataan menggalak keganasan atau kekacauan antara kaum di media sosial sebagai respons kepada serangan pengganas di Perancis.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map