Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

37 wanita dari China, Thailand ditangkap, disyaki terlibat dalam pelacuran di HDB, kawasan hutan

Sejumlah 45 wanita dan empat lelaki ditangkap dalam operasi empat hari melibatkan berbilang agensi
Dec 09, 2017 | 04:13 PM



SEJUMLAH 37 wanita dari China dan Thailand telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di tempat tinggal dan kawasan hutan.



Mereka antara 45 wanita dan empat lelaki, berusia antara 23 dengan 43 tahun yang ditangkap dalam operasai penguatkuasaan  berbilang agensi dari 5 - 8 Disember yang dipimpin Divisyen Polis Jurong.



Operasi empat hari itu merangkumi kawasan tempat tinggal, asrama dan pusat hiburan di kawasan Barat Singapura, termasuk di Bukit Batok, Chua Chu Kang, Jurong West dan Woodlands.



Tiga wanita dari China - yang ditangkap di flat HDB lima bilik di Jurong West Street 74  - disyaki mengendalikan sarang pelacuran tanpa lesen di sana, dan mengiklankan khidmat mereka di dalam talian.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times (ST) jiran yang tinggal di unik bersebelahan, Cik Liu Fang, 37 tahun berktaa beliau terkejut mendapat tahu bahawa kegiatan terlarang berlaku di flat jirannya.



“Saya pernah melihat sekitar 20 orang lelaki… dan pernah mendengar beberapa daripada mereka berbual di telefon, bertanya tentang alamat khusus unit itu,” kata Cik Liu, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.



Bercakap kepada media di ibu pejabat Divisyen Polis Jurong selepas serbuan di unit HBD itu, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Julian Chee, yang juga pemangku Komander divisyen itu berkata:



“Sarang pelacuran HDB bergantung kepada Internet untuk mengiklankan khidmat mereka dan pelanggan akan membuat carian di dalam talian untuk mencari sarang pelacuran ini.



“Polis akan menyiasat kes ini, termasuk pemilik rumah. Jika pemilik rumah didapati bersubahan dalam kegiatan pelacuran, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Piagam Wanita.



Dalam pada itu, polis turut menangkap empat warga lelaki Singapura kerana disyaki terlibat dalam berbilang jenayah, termasuk menipu dan mengganggotai kumpulan kongsi gelap.



Lapan lagi wanita, kesemuanya warga China, juga ditangkap kerana kesalahan imigresen dan yang berkaitan pekerjaan.



Tiga pusat hiburan awam didapati melanggar undang-undang Akta Hiburan Awam. Dua daripada mereka melanggar Undang-undang Keselamatan Kebakaran.



Sejumlah 26 pesalah ditangkap kerana memiliki rokok yang tidak dibayar cukai dan mereka dikenakan saman antara $500 dengan $2,400.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >