SEBANYAK 3,700 kambing biri-biri dari Australia akan dibawa masuk bagi ibadah korban tahun ini dan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding tahun lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) berkata sebanyak 25 masjid akan terlibat menjalankan ibadah korban tahun ini.