KESEMUA 3,700 kambing biri-biri yang sudah ditempah bagi ibadah korban telah tiba di Singapura menjelang Hari Raya Aidiladha esok, kata Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).
Kambing biri-biri itu tiba dari Australia menerusi dua penerbangan Isnin lalu dan semalam.