Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

38 individu belum lengkap divaksin ditangkap makan di pusat penjaja

Oct 28, 2021 | 03:34 PM



SERAMAI 38 individu yang keluar makan di luar dan belum lengkap divaksin (termasuk satu suntikan sahaja) didapati melanggar peraturan dengan keluar makan di pusat penjaja antara 20 Oktober dengan Selasa (26 Oktober) pada minggu pertama langkah penguatkuasaan diperkenalkan.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada Khamis, individu ini dikenal pasti hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasa jarak selamat.



Butiran peribadi mereka diperolehi tetapi NEA tidak pula menjelaskan lebih lanjut mengenai hukuman yang mereka terima.



Langkah pengurusan selamat yang dibezakan mengikut status vaksinasi, yang menghadkan makan di luar di pusat penjaja dan kedai kopi hanya buat individu lengkap divaksin bermula pada 13 Oktober.



Golongan yang belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan boleh memasuki pusat penjaja hanya untuk membeli makanan bagi dibawa pulang. Pengecualian bagaimanapun diberi buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Mereka boleh makan di pusat penjaja meskipun belum mendapatkan vaksinasi.



Pasukan bertindak berbilang kementerian menjelaskan langkah yang diambil adalah bagi melindungi golongan yang belum mendapatkan vaksinasi serta mengurangkan tekanan pada sistem jagaan kesihatan Singapura.



Jumlah kes Covid-19 baru sudah meningkat kepada 5,324 kes pada Rabu.



Satu pendekatan penasihat diambil antara 13 Oktober dengan 19 Oktober bagi membolehkan orang ramai menyesuaikan diri dengan undang-undang baru ini yang membenarkan hanya kumpulan dua orang yang lengkap divaksin makan bersama di luar.



NEA juga menambah pada Khamis, ia telah mengambil tindakan ke atas 41 orang yang melanggar peraturan pengurusan selamat Covid-19 di pusat penjaja antara 22 Oktober dengan Ahad.



Mereka ditangkap kerana kesalahan berhimpun dalam kumpulan melebihi dua orang, tidak mengekalkan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak menggunakan pelitup dengan betul.



Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang selamat didenda $300 manakala pesalah berulang dikenakan $1,000.



Pesalah mungkin berdepan dengan dakwaan di mahkamah bagi kes yang benar-benar besar dengan denda lebih tinggi jika didapati bersalah.



NEA menggesa orang awam agar menyokong penjaja secara selamat dengan mematuhi langkah Covid-19.



Pengendali gerai di pusat penjaja tidak perlu memeriksa status vaksinasi pelanggan mereka. Sebaliknya, pegawai penguatkuasa jarak selamat akan menjalankan pemeriksaan rambang dan terpilih ke atas pelanggan.



"Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan bagi melindungi diri kita dan orang sekeliling. Jika anda belum divaksin, beli makanan anda untuk dibawa pulang dan jangan makan di lokasi yang dikunjungi itu," kata NEA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >