Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

38 kes baru Covid-19 di S'pura, 4 dalam masyarakat

Satu lagi kelompok tempatan baru terbentuk, MOH siasat apakah berlaku pelanggaran langkah keselamatan
Jan 22, 2021 | 05:30 AM

SEBANYAK 38 kes baru Covid-19 disahkan di Singapura hingga tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 59,195 di sini.

Ini termasuk 34 kes import, dengan 33 daripada mereka telah diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki kes import itu diuji negatif bagi Covid-19 apabila tiba di sini Ahad lalu, dan berada di bawah atur cara terkawal semasa di sini. Lelaki itu kemudian diuji positif bagi jangkitan Covid-19 kelmarin.

Terdapat empat kes dalam masyarakat dan tiada dari dormitori pekerja.

Kelmarin, bilangan kes baru dalam masyarakat meningkat kepada 18 sepanjang minggu lalu, meningkat daripada empat kes pada minggu sebelumnya.

Berita Popular

MOH juga melaporkan kewujudan satu kelompok tempatan baru Covid-19, iaitu yang ketiga ditemui dalam beberapa minggu ini, selepas tiga daripada empat kes masyarakat itu dikaitkan dengan kes sebelumnya.

Ketiga-tiga kes itu dikaitkan dengan kes seorang Penduduk Tetap (PR) berusia 39 tahun yang bekerja dalam bidang penjualan di BS Industrial and Construction Supply di Kallang. Beliau diuji positif bagi virus itu Isnin lalu.

Tiga pesakit itu merupakan rakan sekerjanya, dan MOH berkata siasatan sedang dijalankan untuk menilai apakah ada pelanggaran langkah pengurusan selamat di tempat kerja mereka.

"Pemerintah mengambil serius sebarang pelanggaran dan akan mengambil tindakan sekiranya berlaku ketidakpematuhan," katanya dalam satu kenyataan.

Dua daripada tiga kes itu tidak mendapatkan bantuan perubatan selepas menunjukkan gejala.

Dengan 32 kes dibenarkan keluar hospital kelmarin, sebanyak 58,911 pesakit telah pulih daripada jangkitan itu.

Sejumlah 45 pesakit masih kekal di hospital, termasuk seorang di unit jagaan rapi (ICU), manakala 197 sedang beransur pulih di kemudahan masyarakat.

Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, manakal 15 yang diuji positif meninggal dunia atas sebab lain.

Secara global, virus yang bermula pada Disember 2019 itu telah menjangkiti lebih 96.1 juta orang. Lebih dua juta pesakit meninggal dunia.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map