Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

38, Oxley Road: Jawatankuasa Menteri bentang tiga pilihan, keputusan ke atas rumah itu bagi pemerintah masa depan putuskan

Apr 02, 2018 | 04:02 PM



JAWATANKUASA Menteri untuk menimbangkan pilihan bagi 38, Oxley Road telah membentangkan tiga pilihan tetapi tidak membuat sebarang saranan berhubung rumah mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew kerana keputusan tidak diperlukan buat masa ini.



Pilihan-pilihan itu bertujuan membantu pemerintah di masa hadapan untuk membuat keputusan apabila diperlukan selepas menimbangkan kepentingan awam dan mengambil-kira keinginan Encik Lee, menurut jawatankuasa itu yang membentangkan laporan mereka.



Tiga pilihan itu ialah: pertama, mengekalkan hartanah itu dan mewartakannnya sebagai monumen negara atau mewartakannya untuk dipuliharakan; kedua, mengekalkan bilik makan dan merobohkan kawasan hartanah yang lain; ketiga, membenarkan hartanah itu dirobohkan sepenuhnya dan dibangunkan semula.



“Jawatankuasa menimbangkan pelbagai pilihan bagi hartanah itu dan implikasinya. Kita tidak membuat sebarang saranan kerana keputusan tidak diperlukan buat masa ini. Pada akhirnya, pada masa yang wajar, pemerintah di masa hadapan mempunyai tanggungjawab untuk menimbangkan aspek kepentingan awam bagi hartanah itu, mengambil kira keinginan Encik Lee. Mereka perlu membuat keputusan mengenai apa yang dilakukan dengan hartanah itu dan melaksanakan keputusan itu,’’ jelas Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean, yang mempengerusikan jawatankuasa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >