Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

38,000 warga emas masih belum divaksin

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 38,000 warga emas masih belum mendapatkan vaksin Covid-19 pada ketika ini, turun daripada jumlah 200,000 beberapa bulan lalu, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau sebelum ini berkata Julai tahun lalu bahawa 200,000 warga emas masih belum mendapatkan vaksin itu.



Bercakap pada sidang akhbar maya oleh pasukan bertindak pelbagai kementerian menangani Covid-19 kelmarin, Encik Ong akur bahawa data antarabangsa telah menunjukkan dos awal vaksin memberikan perlindungan lebih lemah terhadap varian Omicron berbanding dengan varian Delta.



Perlindungan terhadap varian Omicron daripada dos awal juga berkurangan biasanya selepas lima hingga enam bulan.



Beliau menambah: "Bagaimanapun, penggalak akan memulihkan perlindungan vaksin terhadap jangkitan dan penyakit teruk daripada Omicron. Oleh itu, vaksinasi dan penggalak terus menjadi tindak balas utama kami."



Walaupun menawarkan perlindungan yang lebih lemah, vaksin dan penggalak masih membantu memberikan "perlindungan yang besar" terhadap penyakit teruk dan kemasukan ke hospital bagi kes yang dijangkiti varian Omicron, kata Encik Ong.



Sebagai contoh, katanya, Britain telah menganggarkan bahawa vaksinasi sepenuhnya adalah 72 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital bagi kes sedemikian, manakala suntikan penggalak adalah 88 peratus berkesan.



Pengarah Perkhidmatan Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, di sidang yang sama menambah:



"Data luar negara menunjukkan bahawa vaksinasi memang memberi perbezaan dalam melindungi individu daripada jangkitan, kemasukan ke hospital, jangkitan teruk dan kematian, dan manfaat ini lebih kuat bagi mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya dan yang telah menerima dos penggalak."



Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang telah mengambil dua atau lebih dos vaksin Sinovac atau Sinopharm, yang merupakan vaksin bukan mRNA, sebagai sebahagian daripada tiga dos vaksinasi, amat disyorkan mendapatkan satu dos vaksin mRNA sebagai penggalak.



Mereka yang mengambil dua dos vaksin Sinovac atau Sinopharm dan kemudian mendapat vaksin mRNA sebagai dos ketiga mereka harus mendapat penggalak mRNA kira-kira lima bulan selepas dos terakhir mereka.



Manakala mereka yang mengambil vaksin Sinovac atau Sinopharm sebagai dos ketiga mereka harus mendapatkan penggalak mRNA dalam tempoh tiga bulan.



Ini kerana tahap antibodi yang lebih rendah yang dihasilkan oleh dos vaksin ketiga, kata jawatankuasa pakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >