Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,840 syarikat dibatal pendaftaran setiap bulan secara purata sepanjang 2 tahun lalu

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG dua tahun lalu, sekitar 3,840 syarikat telah dibatalkan pendaftarannya setiap bulan secara purata.



Jumlah itu serupa dengan tempoh sebelum Covid-19 antara 2017 dengan 2019, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.



Namun, lebih 5,000 syarikat baru pula didaftarkan setiap bulan secara purata sepanjang dua tahun lalu.



Ini mencerminkan jumlah perniagaan bertambah yang beroperasi di Singapura, kata Cik Low semalam.



Dalam sektor runcit, sebanyak 8,600 perusahaan berhenti beroperasi dari Januari 2020 hingga September lalu, atau 330 perusahaan lebih banyak berbanding tempoh yang sama antara 2018 dengan 2019, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.



Namun, sebanyak 15,570 perusahaan runcit baru telah ditubuhkan sepanjang tempoh yang sama, menyebabkan peningkatan bersih 6,970 syarikat, kata Encik Tan.



Cik Low dan Encik Tan berkongsi perangkaan itu di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen tentang jumlah syarikat yang telah ditutup disebabkan tekanan daripada pandemik Covid-19, khususnya dalam sektor berkaitan pelancongan dan runcit.



Dalam jawapan bertulisnya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata sebanyak 3,440 perusahaan dalam industri makanan dan minuman (F&B) berhenti beroperasi dari Disember 2019 hingga Jun lalu manakala terdapat 5,620 perusahaan baru yang dibentuk.



Jumlah pekerjaan dalam sektor F&B lebih rendah sekitar 8 peratus pada Jun 2021 berbanding Disember 2019.



Namun, pemerintah telah membantu sektor perkhidmatan makanan melalui inisiatif seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), yang menyediakan sokongan gaji, kata Encik Gan.



Enterprise Singapore juga telah memperkenal Pakej Penggalak Penghantaran Makanan, yang membiayai komisyen dan kos penghantaran, untuk menggalak perusahaan F&B memanfaatkan khidmat penghantaran makanan.



Dalam pada itu, Encik Tan memberitahu Parlimen bahawa perusahaan baru yang menyertai industri pelancongan telah memastikan jumlah perusahaan yang beroperasi kekal stabil, meskipun terdapat perusahaan yang ditutup sejak Januari 2020.



Beliau menarik perhatian bahawa bilangan hotel berlesen kekal sekitar 420 hotel walaupun 13 hotel telah berhenti beroperasi, manakala jumlah pemandu pelancong berlesen masih sekitar 2,900, walaupun 176 pemandu pelancong memilih untuk tidak memperbaharui lesen mereka dalam tempoh ini.



Bagaimanapun, ejen pelancongan lebih terjejas, dengan 157 perusahaan, atau 8 peratus, daripada mereka telah berhenti beroperasi.



Sementara itu, 30 ejen pelancongan baru telah menyertai pasaran ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >