Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

39 orang diberkas dalam serbuan pusat hiburan haram

Jul 18, 2021 | 05:45 PM



SERAMAI 39 orang ditemui bersosial di premis hiburan haram dan ditangkap dalam operasi polis terkini menyusuli terbentuknya kelompok jangkitan Covid-19 di KTV minggu lalu.



Dalam satu kenyataannya pada Ahad (17 Julai), polis berkata mereka telah memberkas tiga lelaki berusia 24 hingga 37 tahun kerana membekalkan arak tanpa lesen.



Mereka dipercayai operator pusat hiburan sekitar Selegie Road dan Tagore Lane.



Baki 36 individu lain yang terdiri daripada 16 lelaki dan 20 wanita pula disiasat kerana tidak mengikut peraturan jarak selamat. Mereka berusia antara 20 dengan 38 tahun.



Dalam operasi pada Sabtu, polis juga merampas peralatan karaoke, botol arak dan tin bir dari pusat hiburan ini.



Menurut polis lagi,  hiburan awam dan arak dipercayai disediakan di tempat-tempat ini tanpa lesen yang sah.



Orang awam dinasihati agar mengambil undang-undang jarak selamat secara serius.



“Pihak polis mengambil pandangan serius terhadap sikap tidak bertanggungjawab berhubung dengan pelanggaran langkah jarak selamat dan pesalah akan ditangani sejajar dengan undang-undang yang ditetapkan.



“Mereka yang didapati bersalah membekalkan arak dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah mungkin boleh didenda hingga $20,000 bagi setiap tuduhan



“Mereka yang dituduh melanggar undang-undang jarak selamat pula mungkin dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali,” jelas polis.



Pusat KTV menjadi tumpuan apabila ia kini merupakan kelompok jangkitan Covid-19 dengan jumlah kes terbanyak sebanyak 148 kes (sehingga akhbar ini diterbitkan).



Antara Selasa dengan Khamis lalu, polis memberkas 29 wanita berusia antara 20 hingga 47 tahun dalam operasi yang disasarkan pada 27 kelab KTV yang beroperasi sebagai penyedia khidmat makanan dan minuman (F&B).



Di bawah sekatan Covid-19, operasi pusat hiburan malam termasuk kelab KTV dilarang. Namun, mereka dibenarkan untuk mengubah suai khidmat mereka bagi menawarkan makanan dan minuman.



Seramai 10 wanita antara usia 21 dengan 34 tahun yang diberkas didapati merupakan kaum pendatang yang tidak diingini dari pelbagai kerakyatan dengan pas lawatan jangka pendek dan pas kerja mereka dibatalkan.



Mereka diarahkan meninggalkan Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >