Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

39 pelajar, 11 staf Sekolah Menengah East Spring bebas Covid-19: MOH

Jun 29, 2020 | 11:48 PM

SERAMAI 39 pelajar dan 11 kakitangan Sekolah Menengah East Spring yang mempunyai kontak dekat dengan pelajar yang dijangkiti Covid-19 disahkan bebas virus tersebut.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (29 Jun) berkata mereka telah diberikan cuti ketidakkehadiran (LOA) atau arahan kuarantin di rumah sebaik kes melibatkan pelajar itu disahkan pada Ahad.


MOH mengesahkan lagi 202 kes Covid-19 baru pada Isnin, termasuk enam kes dalam masyarakat.


Empat warga Singapura antara kes baru yang dilaporkan, dan dua lagi melibatkan pemegang permit kerja.


Baki kes melibatkan pekerja asing yang menginap di dormitori.


Sementara itu, lagi 477 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan sejumlah 37,985 telah sembuh sejauh ini di Singapura.


Seramai 197 pesakit masih dirawat di hospital, dengan satu dalam keadaan kritikal.


Sebanyak 5,453 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >