$3b tokokan ke akaun CPF dibuat 140,000 pencarum tahun lalu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

$3b tokokan ke akaun CPF dibuat 140,000 pencarum tahun lalu

Feb 04, 2021 | 05:30 AM

DI tengah-tengah ketidaktentuan pandemik Covid-19 tahun lalu, 140,000 anggota Tabung Simpanan Pekerja (CPF) - 36 peratus lebih ramai daripada tahun sebelumnya - membuat tokokan pada akaun mereka di bawah Skim Tokokan Jumlah Persaraan.

Sejumlah $3 bilion ditokok secara keseluruhan ke dalam akaun mereka atau orang tersayang.

Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada jumlah tokokan yang dibuat pada 2019, kata Lembaga CPF semalam.

Lembaga itu menambah bahawa dalam suku keempat tahun lalu sahaja sebanyak $1.2 bilion tokokan dibuat.

Bilangan mereka yang menokok buat pertama kali meningkat, terutama dalam kalangan anggota yang lebih muda.

Discover Malay Home Based Businesses

Lebih daripada satu dalam tiga yang membuat tokokan tahun lalu merupakan pencarum pertama kali, iaitu bertambah lebih 50 peratus daripada pada tahun sebelumnya, kata Lembaga CPF dalam satu kenyataan.

Dalam kalangan warga muda di bawah usia 35 tahun, terdapat 86 peratus lebih tinggi yang menokok buat pertama kali tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.

Kumpulan ini menyaksikan kenaikan paling tinggi dalam kalangan pencarum pertama kali.

Berbanding 2019, 27 peratus lebih ramai yang menokok akaun CPF ibu bapa mereka tahun lalu.

Skim Tokokan Jumlah Persaraan membolehkan anggota menokok wang tunai atau simpanan CPF sedia ada untuk menokok akaun mereka atau orang tersayang mereka.

Bagi penerima di bawah usia 55 tahun, Akaun Khas boleh ditokok hingga ke Jumlah Persaraan Penuh sekarang, iaitu $186,000 tahun ini.

Akaun Persaraan bagi mereka yang berus 55 tahun ke atas boleh ditokok hingga ke Jumlah Persaraan Dipertingkat, iaitu $279,000 tahun ini.

Anggota CPF menerima pelepasan cukai hingga $7,000 setiap tahun kalendar, sama seperti tokokan wang tunai yang dibuat ke dalam akaun mereka, dan hingga $7,000 lagi bagi tokokan untuk ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk nenek, datuk nenek mentua, pasangan dan adik-beradik.

Pengarah kumpulan bagi kumpulan pendapatan persaraan Lembaga CPF, Cik Tan Chui Leng, berkata lebih ramai anggota, terutama warga muda, kian sedar bahawa menokok akaun CPF merupakan aspek utama dalam pelan persaraan mereka.

"Sebagai seorang ibu juga, saya gembira apabila melihat anak-anak juga sedang membantu ibu bapa mereka menambah simpanan persaraan mereka dengan menokok untuk mereka," katanya.

Beliau menambah bahawa dengan menokok pada Januari setiap tahun berbanding pada Disember, anggota CPF boleh meraih 20 peratus faedah lebih tinggi bagi simpanan CPF mereka dalam masa hanya 10 tahun.

Ini kerana faedah CPF dihitung setiap bulan, kata seorang jurucakap lembaga itu.


"Sebagai seorang ibu juga, saya gembira apabila melihat anak-anak juga sedang membantu ibu bapa mereka menambah simpanan persaraan mereka dengan menokok untuk mereka."
- Cik Tan Chui Leng, Pengarah kumpulan bagi kumpulan pendapatan persaraan Lembaga CPF.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map