Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

$3j bagi Akaun Pembangunan Anak kanak-kanak Sparkletots

Dana tambahan dari Yayasan Temasek untuk tingkat akses kepada pendidikan prasekolah bermutu bagi keluarga memerlukan
May 07, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Temasek akan menyumbang $3.38 juta kepada Akaun Pembangunan Anak (CDA) kanak-kanak prasekolah PCF Sparkletots, untuk meningkatkan akses kepada pendidikan prasekolah bermutu bagi keluarga berpendapatan rendah.



Seramai 8,500 kanak-kanak PCF Sparkletots dijangka meraih manfaat daripada sumbangan itu sepanjang tiga tahun ini.



Semasa pelancaran dalam talian program yang diberi nama Langkah Pertama Yayasan Temasek itu semalam, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata sokongan kewangan tambahan itu akan membantu ibu bapa memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan anak-anak mereka.



Program itu dikendalikan oleh Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) yang disokong oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan dipengerusikan oleh Dr Maliki.



Di bawah program itu, mulai 6 Mei ini setiap kanak-kanak penjagaan bayi hingga Nursery 2 daripada keluarga berpendapatan rendah yang layak yang mendaftar di PCF Sparkletots akan mendapat tambahan $200 setiap tahun selama dua tahun.



Dengan pemadanan sedolar bagi setiap dolar oleh pemerintah, kanak-kanak layak akan menerima $800 dalam akaun CDA mereka.



"Memberi setiap kanak-kanak permulaan baik dalam kehidupan mereka tanpa mengira titik permulaan atau latar belakang keluarga mereka adalah penting.



"Usaha ini dapat memastikan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dapat mengatasi semua cabaran yang mereka hadapi dan meraih manfaat sepenuhnya daripada sistem prasekolah bermutu, sekali gus menyediakan mereka bagi pendidikan sekolah rendah," ujar Dr Maliki.



Beliau menambah bahawa selain memastikan kos prasekolah berpatutan, banyak lagi perlu dilakukan di peringkat masyarakat untuk mendekati keluarga berpendapatan rendah dan mengalak ibu bapa memasukkan anak mereka ke prasekolah.



Bagi melakukan itu, Yayasan Masyarakat PAP, atau PCF, bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial (SSA) untuk mempertingkat usaha menjangkau keluarga-keluarga tersebut.



Antara SSA terlibat ialah AWWA, Care Corner Singapura, Pusat Khidmat Fei Yue dan Perkhidmatan Thye Hua Kwan Moral.



Memahami bahawa SSA agensi pertama menawarkan khidmat kepada keluarga memerlukan, terutamayang mempunyai kanak-kanak kecil, Pengarah Kanan Divisyen Pengurusan Prasekolah PCF, Cik Marini Khamis, berkata pasukannya berharap dapat mengjangkau keluarga-keluarga itu melalui sesi pendekatan.



"Salah satu cara melakukannya ialah dengan mengadakan sesi pendekatan secara berkala bersama pekerja sosial serta wakil lain daripada SSA, untuk mengongsi maklumat lanjut mengenai khidmat dan sokongan yang ditawarkan bagi keluarga.



"Kadangkala maklumat berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, PCF berharap dapat mengurangkan jurang maklumat dan mengubah persepsi pendidikan awal," katanya.



Cik Marini menambah bahawa ini juga satu peluang untuk terus mengadakan perbincagan bersama rakan kongsi lain mengenai cara mengukuhkan saluran rujukan itu.



Pengerusi Yayasan Temasek, Encik Richard Magnus, yang menghadiri acara pelancaran itu, berkata dengan mengurangkan jurang masalah kewangan, beliau berharap ibu bapa lebih yakin dapat memenuhi perbelanjaan pendidikan dan anak-anak mereka.



"Kita perlu memulakan perjalanan pendidikan mereka dari tahun-tahun awal mereka, yang membentuk kognitif dan sosial mereka.



"Program ini akan membantu mengoptimumkan pembangunan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, dan juga memberi sokongan tambahan bagi keluarga yang mungkin mengalami masalah kewangan yang timbul akibat pandemik ini," ujar beliau.




"Memberi setiap kanak-kanak permulaan baik dalam kehidupan mereka tanpa mengira titik permulaan atau latar belakang keluarga mereka adalah penting. Usaha-usaha ini dapat memastikan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dapat mengatasi semua cabaran yang mereka hadapi dan meraih manfaat sepenuhnya daripada sistem prasekolah bermutu, sekali gus menyediakan mereka bagi pendidikan sekolah rendah."
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >