Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 atlet SG takluki dunia pada 2021 dirai melalui perarakan bas

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



PENCAPAIAN empat atlet yang telah membanggakan Singapura diraikan melalui 'perarakan' dari Hab Sukan Singapura ke kawasan bandar dan kembali.



Empat atlet itu telah mengelilingi kawasan tersebut menaiki bas tidak berbumbung.



Mereka terdiri daripada juara badminton dunia, Loh Kean Yew; perenang yang telah membawa pulang dua pingat emas dari acara sukan Paralimpik di Tokyo, Yip Pin Xiu; juara boling dunia, Shayna Ng; dan pemain pool Aloysius Yapp yang juga merupakan warga Singapura pertama mendapat tempat pertama sukan itu di peringkat dunia.



Sebelum menaiki bas itu, Loh berkata beliau cukup gembira apabila diberitahu tentang perarakan tersebut.



"Saya agak terkejut dan amat terharu. Ini merupakan kali pertama menaiki bas tanpa bumbung," kata Loh, 24 tahun.



Perarakan bagi meraikan pencapaian atlet-atlet itu diatur Institut Sukan Singapura dengan kerjasama Cuesports Singapore, Persatuan Badminton Singapura, Persekutuan Boling Singapura dan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC).



Warga Singapura diharap turut serta meraikan pencapaian mereka melalui perarakan itu.



Bagaimanapun, disebabkan situasi Covid-19, penganjur memilih untuk tidak berkongsi lokasi dan butiran laluan tertentu untuk mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan hanya menyatakan bahawa perarakan tersebut akan berlangsung di kawasan bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >