Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

4 dalam 10 warga Singapura kurang tidur: Tinjauan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

4 dalam 10 warga Singapura kurang tidur: Tinjauan

Dec 11, 2018 | 06:10 PM

TINJAUAN yang telah dilakukan baru-baru ini mengesahkan apa yang sudah lama disyaki ramai: Hampir separuh warga Singapura tidak cukup tidur. 

Hasil tinjauan yang didedahkan agensi kajian pasaran antarabangsa YouGov itu menunjukkan bahawa 44 peratus warga Singapura tidur kurang tujuh jam setiap malam.

Pelbagai sumber, termasuk Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, menyatakan bahawa individu yang berusia 18 tahun ke atas perlu tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.

Namun, hanya 48 peratus daripada 1,022 warga Singapura yang ditinjau berkata mereka tidur sekitar tujuh hingga lapan jam. 

Tinjauan tersebut yang dimulakan November lalu menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada warga Singapura tidur sembilan hingga 10 jam. 

Seramai 41 peratus berkata mereka hanya tidur empat hingga enam jam setiap malam. 

Sementara itu warga Singapura berusia 55 tahun ke atas melaporkan tidur lebih nyenyak, dan 45 peratus daripada kumpulan usia tersebut berkata mutu tidur mereka agak baik. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3