Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 daripada 5 kes import Covid-19 baru pemegang permit kerja: MOH

Dec 14, 2020 | 11:21 PM



DALAM kalangan lima kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (14 Disember), empat daripadanya merupakan pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan dari Filipina dan Indonesia.



Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan baki satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang menuntut di sekolah swasta di Singapura dan memiliki sejarah perjalanan dari India.



Kesemua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN.



Tiada kes jangkitan tempatan dikesan MOH pada Isnin.



Dalam pada itu, dua lagi kes jangkitan Covid-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 58,210 individu sudah sembuh daripada koronavirus dan telah dibenarkan pulang, tambah MOH.



Manakala 22 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. 64 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >