Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 dekad Mendaki pacu kemajuan Melayu

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



SEJAK penubuhannya, Yayasan Mendaki telah membantu masyarakat Melayu/Islam memberi penekanan kepada pendidikan sebagai kunci kemajuan sosio-ekonomi, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Bak pepatah, 'genggam bara api biar sampai jadi arang', Encik Lee berkata berkat kesungguhan ini, usaha Mendaki telah berjaya membuahkan hasil yang ketara.



Berucap dalam Bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan semalam, Encik Lee berkata, Mendaki yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-40, merupakan antara contoh terbaik dalam memaparkan semangat gotong-royong masyarakat.



Kesungguhan usaha Mendaki telah buahkan kejayaan ketara



"Berkat kesungguhan ini, usaha-usaha Mendaki telah berjaya membuahkan hasil yang ketara.



"Misalnya, Anugerah Cemerlang Mendaki yang diberikan kepada siswazah sarjana muda dengan Kepujian Kelas Pertama.



"Sepanjang 10 tahun pertama Mendaki, terdapat hanya segelintir penerima Anugerah ini.



"Tetapi sepanjang dekad yang lalu, jumlahnya meningkat kepada hampir 500 penerima. Syabas!" tambah Encik Lee.



Menurut Encik Lee lagi, prestasi akademik yang meningkat telah membantu mewujudkan pekerjaan lebih mantap dengan lebih ramai karyawan Melayu/Islam, pendapatan lebih tinggi, dan kehidupan lebih baik.



Malah beliau sendiri akan menghadiri majlis menyambut ulang tahun Mendaki pada Oktober, dan juga akan mengiktiraf kerja keras serta sumbangannya kepada masyarakat Melayu/Islam.



"Kebanggaan dan keyakinan masyarakat tidak bergantung pada kemajuan sosio-ekonomi semata-mata, tetapi juga kepada faktor budaya dan kerohanian.



"Selama bertahun-tahun, masyarakat Melayu/Islam telah membentuk identitinya yang unik sebagai orang Islam Singapura; yang hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan agama kita.



"Dalam meniti perjalanan ini, masyarakat Melayu/Islam mendapat manfaat daripada kepimpinan keagamaan yang teguh," katanya.



Semasa ditemui media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata:



"Pendidikan sangat penting jika kita mahu berjaya.



"Kita mesti terus mengutamakan pendidikan anak-anak kita dan menanam sikap belajar sepanjang hayat.



"Sebagai ibu bapa, pastikan anak-anak kita dapat pendidikan prasekolah sekurang-kurangnya tiga tahun.



"Sebagai pekerja, tingkatkan kemahiran untuk meluaskan peluang pekerjaan.



"Sebagai sukarelawan, bimbing belia kita dan tolong mereka capai impian mereka.



"Mendaki akan terus menyokong masyarakat kita dalam hal-hal ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >