Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

4 didakwa langgar aturan selamat di Clarke Quay

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



EMPAT orang yang dikaitkan dengan satu perhimpunan Tahun Baru di Clarke Quay telah didakwa semalam kerana melanggar peraturan Covid-19.



Harjaz Singh; William Alexander Brooks-Potts; Verma Pulkit dan Kotra Venkata Sai Rohankrishna - yang berumur di antara 19 tahun dengan 22 tahun - telah dikenakan dakwaan termasuk gagal menjaga jarak selamat satu meter dan tidak memakai pelitup muka semasa berada berhampiran Read Bridge di Clarke Quay pada tengah malam pada 1 Januari lalu.



Menurut laporan The Straits Times, Kotra dikenakan tuduhan tambahan kerana didakwa menghadiri perhimpunan dalam kostum Spiderman, bersama tiga yang lain, di mana dia berinteraksi dengan kira-kira 20 orang.



Interaksi mereka termasuk merakam temu bual menerusi video dan mengambil gambar.



Mahkamah mendengar bahawa bagi Verma dan Singh, pihak pendakwaraya bercadang untuk mengemukakan pertuduhan tambahan berkaitan dengan pelanggaran peraturan Covid-19.



Umur dan kerakyatan mereka tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah, tambah laporan itu.



Keempat-empat lelaki itu dijadualkan hadir di mahkamah pada 8 Februari nanti.



Insiden yang dirakam dalam video dan dimuat naik di media sosial itu dipercayai melibatkan ratusan orang dalam pesta mengira detik menjelang Tahun Baru yang diadakan secara spontan di hadapan Riverside Point.



Pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani Covid-19 berkata awal bulan ini bahawa perhimpunan itu menyebabkan pelanggaran peraturan pengurusan selamat secara terang-terangan, menyebutnya sebagai acara yang berpotensi untuk menyebar jangkitan.



Video menunjukkan kumpulan itu telah bersorak, menyanyi, meraikan dan mengira detik menjelang tahun baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >