Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 ditangkap bagi kes tipu e-dagang jual pelitup

Feb 22, 2020 | 12:15 PM



POLIS telah menangkap empat orang berusia 15 hingga 37 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan e-dagang melibatkan pelitup berjumlah lebih $125,000.



Mereka masing-masing didakwa terlibat dalam kes yang berasingan menggunakan wadah e-dagang dan dalam talian seperti Gumtree, Facebook Marketplace, Carousell, WhatsApp dan Telegram.



Menerusi satu kenyataan hari ini (22 Feb), polis berkata mereka menerima banyak laporan daripada individu yang mendakwa mereka ditipu penjual di dalam talian selepas mereka membuat bayaran bagi pelitup.



Selepas membuat bayaran dengan memindahkan wang, penjual itu tidak dapat dihubungi.



Suspek termasuk seorang wanita berusia 24 tahun serta tiga lelaki yang berusia 15, 22 dan 37 tahun.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau memberi maklumat menerusi laman web www.police.gov.sg/iwitness.



Semua maklumat dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >