Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 ditangkap berhubung penipuan pekerjaan; 3 lagi disiasat

Mar 07, 2022 | 05:30 AM



TIGA lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 dengan 25 tahun ditangkap Jabatan Ehwal Komersial (CAD) baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam penipuan pekerjaan seperti skim Ponzi yang membabitkan syarikat palsu.



Mereka ditangkap dalam satu operasi penguatkuasaan anti-penipuan serata negara oleh CAD pada 2 Mac lalu, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya semalam.



Lagi tiga wanita berusia antara 22 dengan 40 tahun juga sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan pekerjaan itu.



Polis berkata seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan bersubahat memasuki aturan untuk memudahkan faedah kelakuan jenayah.



Siasatan ke atas baki dua lelaki dan tiga wanita itu sedang dijalankan.



Polis berkata antara Disember lalu dengan bulan lalu, mereka telah menerima beberapa laporan di mana mangsa menerima mesej tanpa diminta di WhatsApp, pos Facebook atau Telegram mengenai iklan yang mempromosi pekerjaan berkaitan pemasaran gabungan sambilan yang membayar gaji tinggi.



Penipu didakwa telah menawarkan pekerjaan dalam talian palsu yang memerlukan mangsa menyelesaikan tugasan mudah, seperti membuat pembelian dalam talian.



Untuk melakukan lebih banyak tugas dan meraih komisen, mangsa diarah mencari lebih ramai anggota untuk menaik taraf status keahlian mereka.



Polis berkata dalam kebanyakan kes, mangsa diyakinkan bahawa ia adalah pekerjaan yang sah kerana mereka akan menerima komisen dan keuntungan semasa peringkat awal keahlian mereka.



"Mangsa kemudian akan menyedari mereka telah ditipu apabila mereka tidak menerima komisen lanjut atau tidak dapat membuat pengeluaran dari akaun anggota mereka," kata polis.



Siasatan awal menyusuli operasi dijalankan CAD itu mendedahkan syarikat palsu tersebut dipercayai menjalankan skim seperti Ponzi, di mana wang pemohon kerja baru digunakan untuk membayar komisen yang dijanjikan kepada pekerja sedia ada.



Tiga lelaki dan seorang wanita yang ditangkap itu dipercayai telah membantu dalam skim itu dengan membuka akaun bank korporat dan peribadi dan didakwa telah menyewakan atau menjual akaun bank mereka kepada penipu.



Polis mengingatkan pemohon kerja supaya berhati-hati dengan iklan pekerjaan dalam talian yang menjanjikan kemudahan bekerja dari rumah dan membayar gaji tinggi bagi tanggungjawab kerja yang agak mudah.



"Perniagaan yang sah tidak akan memerlukan pemohon kerja menggunakan akaun bank mereka sendiri untuk menerima wang bagi pihak perniagaan atau membuat bayaran pendahuluan untuk mendapatkan tawaran kerja dan memperolehi komisen," kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >